Pelbagai spekulasi timbul berkait isu rumahtangga, ini pula reaksi Ira Kazar bila diminta untuk ulas

KETIKA pelbagai spekulasi timbul berkait isu rumah tangganya, isteri kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar dilihat kekal tenang dan memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kontroversi itu. Malah semasa ditemui di lokasi penggambaran produk milik usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri pada petang Jumaat, Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin hanya memberikan senyuman manis ketika dihampiri bagi mendapatkan penjelasannya.

Ira yang hadir bersama ibunya semasa sesi fotografi itu turut menolak untuk ditemu bual dan dilihat fokus menyelesaikan tugasannya sebagai model tudung keluaran usahawan terkenal itu. Sementara itu, Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 37, ketika ditemui menyifatkan Ira sebagai seorang wanita yang tabah meskipun rumah tangganya kini sedang berdepan ujian. “Sebagai wajah kepada produk saya, Ira nampak seperti wanita yang tabah, baik dan bersopan santun.

Ira ni juga memang sentiasa menghormati ibunya, kalau kemana-mana pasti mereka akan keluar bersama-sama. Jadi saya nampak Ira ada karakter seorang wanita yang bersopan santun dan menyanjungi ibu bapa, sebab itulah keluarga mereka selalu memberi sokongan kepadanya,” katanya. Dalam pada itu, Aliff mengakui ada bertanyakan kepada Ira mengenai konflik rumah tangganya, namun wanita itu memilih untuk tidak berkongsi perihal peribadi.

“Jujurnya, saya ada cuba bertanya tapi Ira tidak mahu bercerita kisah peribadi dia. Tak naklah menyibuk hal orang lain sebab niat saya cuma beri pekerjaan pada Ira kerana dia memang bagi kerjasama sangat baik,” jelasnya. Pada Isnin lalu, Syamsul memfailkan perpisahan terhadap Ira dan perkara itu disahkan sendiri oleh peguam syarie mewakilinya iaitu Azmi Rais. Untuk rekod, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.