Pihak bomba menyelam dalam air kumbahan dan arus yang deras sewaktu operasi pencarian mangsa insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India. Menerusi perkongsian TikTok, Pegawai Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Alimaddia Bukri telah berkongsi detik anggota bomba menyelam ketika menjalankan misi berkenaan sejak beberapa hari yang lalu. Ujarnya, pihak Bomba dan Penyelamat perlu membuat selaman ke dalam air kumbahan dengan arus deras yang pastinya menghalang penglihatan serta ruangan yang cukup terhad. Klik sini untuk lihat video.
Alimaddia akui bahawa ada perasaan takut sewaktu ingin turun ke bawah, namun berserah kepada Allah demi tugas sebagai seorang anggota bomba. “Kami terpaksa membuat selaman di dalam air kumbahan, arus deras dengan penglihatan terhad (zero visibility) serta akses kecil menyukarkan pergerakan dan pencarian mangsa. Masa turun ke bawah lubang memang takut, tapi ini memang tugas anggota bomba, kena lawan perasaan takut dan berserah kepada-Nya.
Kami berbincang dan mendapatkan nasihat daripada pakar yang berkaitan, sebelum membuat apa-apa keputusan dalam operasi ini,” tulisnya. Dia juga berkongsi gerak kerja sewaktu berada di lokasi kejadian dengan menunjukkan ruangan sempit yang perlu mereka lalui bagi menjalankan misi mencari mangsa yang merupakan pelancong warganegara India.
Perkongsian yang dibuat telah mendapat perhatian dan sangat menghargai setiap kata-kata semangat ditulis oleh warganet sewaktu melihat kesukaran semua anggota dalam melaksanakan tugas tersebut. Tambahnya lagi, faktor cuaca juga boleh membuatkan operasi semakin berisiko namun sentiasa berharap agar Allah S.W.T memberi perlindungan kepada semua yang sedang bertugas. Dia juga menegaskan bahawa tugas sebagai seorang anggota bomba tidak tertumpu kepada sesetengah pihak sahaja dan akan berusaha sedaya upaya kerana setiap daripada mereka sudah ditanamkan jiwa penyelamat yang tinggi.
Operasi mencari dan menyelamat dibuat bukan berdasarkan bangsa, agama, usia, kaya atau miskin dan kewarganegaraan. “Kami akan buat apa sahaja, sedaya upaya kepada sesiapa sahaja yang berada dalam kesusahan atau malapetaka, setiap kami mempunyai jiwa penyelamat yang sangat tinggi,” ujarnya. Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata mengucapkan terima kasih kepada para anggota penyelamat kerana bertungkus-lumus menjalankan misi terbabit.
Mereka juga mendoakan supaya anggota bomba serta pihak-pihak yang terlibat diberi keselamatan dan dilindungi daripada sebarang bahaya.
Terdahulu seorang wanita warganegara India berumur 48 tahun dilaporkan tertimbus dalam lubang kira-kira lapan meter di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur akibat kejadian tanah jerlus. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.