Sebelum ini, pendakwah dan pensyarah kanan, Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim ada memberikan ucapan tahniah atas pencapaian Syamsul Yusof menerusi filem Mat Kilau. Dedah Amalan Dan Keperibadian Syamsul Yusof. Menurut Sinar Plus, Ustaz Izhar berkongsikan mengenai kesungguhan Syamsul dalam membuat pelaburan untuk mengkaji sesuatu sebelum mengeluarkan sesuatu filem. Malah Ustaz juga menyatakan antara amalan yang menjadi sebab dia murah rezeki adalah kerana Syamsul sering menjaga solatnya. Kisah mengenai perkongsian tersebut telah mendapat respon yang negatif dari sesetengah warganet. Menurut perkongsian Ustaz Izhar, dia menunjukkan beberapa ‘screenshot’ komen-komen yang mempersoalkan amalan yang dilakukan oleh agama lain.
Mendapat Respond Negatif Dari Segelintir Warganet
Apa amalan Ananda Krishnan agaknya ya? …itu la, apa amalan Bill Gates. …bila orang kaya bertambah kaya dikatakan amalannya, bila orang miskin bertambah miskin walaupun setiap hari ke masjid dan bertahajud tanpa orang nampak dikatakan kemalasannya… Ustaz Izhar Komen Respond Negatif Warganet. Di Instagram milik Ustaz Izhar, ustaz memaklumkan bahawa adanya golongan orang Islam yang hatinya kotor, maka tidak pelik ada sifat dengki dan hasad terhadap kejayaan orang lain. Ustaz Izhar juga mempersoalkan kembali bagaimana golongan Melayu Islam hendak berjaya jika terdapat golongan seperti ini.
Malah ustaz juga memperingatkan bahawa kejayaan inilah yang menyebabkan semakin ramai orang Islam yang kaya membayar zakat dan membantu orang Islam yang susah. Ustaz Izhar mengakhiri ‘caption’nya dengan menyatakan bahawa rakyat Malaysia termasuk DYMM Tuanku Sultan Selangor, permaisuri dan para pemimpin negara menyokong hasil karya anak bangsa demi menyedarkan generasi muda tentang betapa pentingnya perpaduan demi memelihara agama, bangsa dan negara. Sumber, Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.