Datuk Siti Nurhaliza pakai beg hantaran masa majlis ulangtahun perkahwinan ke 18, rupanya beg tu edisi terhad

Baru-baru ini, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah mengadakan sebuah majlis bersempena ulang tahun perkahwinannya yang ke-18 bersama suami tercinta, Datuk Seri Khalid Jiwa. Difahamkan, beg berkenaan merupakan hantaran yang diterima Siti pada majlis pernikahanya bersama Datuk Seri Khalid atau mesra disapa Datuk K, 18 tahun lalu.

Sementara itu, sebuah akaun di platform X mendedahkan beg tersebut merupakan edisi terhad yang dikeluarkan sebuah jenama mewah. “Beg Louis Vuitton edisi terhad Les Extraordinaires Tupelo GM dari koleksi Spring/Summer 2006.” Imbas kembali, Siti dan Datuk K mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah, 6, dan Muhammad Afwa, 4.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.