Pengarah dan penerbit popular, Datuk Yusof Haslam enggan mengulas lanjut mengenai isu melibatkan kes perpisahan anaknya, Syamsul Yusof yang akan berlangsung esok. Katanya, dia sudah letih menjawab soalan sama yang diajukan media, namun menegaskan bahawa dia dan isteri, Datin Patimah Ismail tetap mendoakan yang terbaik buat anaknya itu. Mengaku tidak ada sebarang perasaan dendam atau marah, Yusof menganggap setiap apa yang berlaku pada Syamsul ada hikmah disebaliknya.
Malah, walaupun sudah lima tahun tidak berjumpa, pengarah filem box office Sembilu itu reda dan berserah kepada ketentuan Tuhan. “Saya sebenarnya letih nak menjawab tapi sebagai orang seni saya menghargai tugas wartawan dan kalau saya mengelak untuk menjawab soalan orang akan kata saya sombong. Saya cuma jawab, no komen. Saya tak tahu pun peristiwa iu sebab kita pun dah lost contact dah berapa tahun. Jadi apapun saya dan datin… jawapan kami tetap sama dan saya tetap mendoakan yang terbaik buat pihak di sini atau di sana.
Tidak ada perasaan dendam atau marah. Tiap kejadian yang berlaku mungkin ada hikmah disebaliknya. Kita tak tahu hanya Allah yang tahu. Dan itu saya tak boleh sentuh. “Penawar ni kita dekatkan diri dengan Allah dan kita doakan yang terbaik. Masing-masing pernah ada sejarah masing-masing dan kita reda. Harus mengambil tindakan yang matang dalam kehidupan. Setiap yang baik itu datang daripada Allah SWT dan segala kekurangan itu datangnya dari diri kita,” katanya ketika ditemu bual dalam program Melodi.
Mengulas lanjut, sebagai seorang yang berpengalaman, Yusof berkata, untuk mempertahankan rumah tangga itu merupakan satu perjuangan yang paling panjang dan untuk meruntuhkannya hanya sekelip mata. Justeru, dia berharap agar anak kesayangannya itu sentiasa tabah menjalani dugaan yang dihadapinya. “Saya dan isteri saya, kami dah melalui proses ini selama 41 tahun dan untuk meruntuhkan sekelip mata dan untuk mempertahankan adalah satu perjuangan yang paling panjang tapi kalau ia nak berlaku ia tetap akan berlaku.
Waimah apa yang berlaku terhadap Syamsul, saya dan datin akan sentiasa mendoakan yang terbaik. Dia tetap anak kesayangan saya dan Syafiq serta menantu saya. Saya tidak mahu melukakan hati sesiapa,” jelasnya. Dalam pada itu, ketika disoal mengenai hubungannya bersama Kazar Saisi, Yusof memaklumkan dia tidak pernah berhubung dengan Kazar, namun sebagai seorang anak seni, dia tidak mahu wujud jurang antara mereka.
“Tidak. Sebelum ini pun saya tidak pernah berhubung dengan Kazar tapi saya sebagai orang seni, saya kenal Kazar bukan baru dan saya tidak mahu ada gap antara saya dengan dia. Kalau saya jumpa dia dekat luar, saya takkan nak sombong atau buat muka. Saya tidak pernah buat begitu. Saya mengambil pendekatan saya buat yang sederhana. Carilah kedamaian dalam kehidupan ini supaya kita tenang.
Itu hak masing-masing. Allah akan menentukan darjat kita. setiap apa yang berlaku tu kita tak boleh menolak takdir dan sebagai orang tua kita mendoakan yang terbaik di atas muka bumi ni sama ada perkahwinan, perpisahan, kehidupan, suka dan duka. Pada Syamsul, papa sayangkan kamu, ibu kamu sayangkan kamu. Kasih sayang kami tidak pernah berubah. Kami sentiasa doakan yang terbaik untuk kamu. Selamat maju jaya, mudah-mudahan Allah SWT memberkati setiap usaha yang kamu buat, sentiasa ingat pada yang maha esa, Allahuakbar!” ujarnya.
Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.