Isteri masih dalam pantang, Dai Syed dijatuhi hkuman pnjara 10 tahun dan 3 kali sebatan

Pendakwah selebriti, Da’i Syed dijatuhi hkman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana mergl seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu. Memetik laporan Harian Metro, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful menangis teresak-esak dalam kandang tertuduh selepas mendengar keputusan Hakim Norazlin Othman.

Syed Iqmal sempat memeluk isterinya, isteri, Hana Ismail, 38, yang masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak 16 hari lalu. Difahamkan, hukuman pnjra itu berkuat kuasa hari ini (30 Ogos). Pada 10 April 2023, Hakim Rihaida Rafie melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada tuduhan itu tanpa memanggilnya membela diri. Pada 10 Disember 2020, tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mergl mangsa yang ketika kejadian berusia 23 tahun dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, jam 1.35 malam pada 11 September 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan. Seramai 18 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan bermula April 2022. Pada 31 Mei 2022, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya turut melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.