Suka orang yang lebih matang, Ellie Suriaty akui sedang jalin hubungan dengan lelaki lebih muda dari dia

Pelakon, Ellie Suriaty jalin hubungan dengan pucuk muda disamping mengaku dia sedang bahagai bersama jejaka yang dikenalinya sejak setahun lalu. Memetik laporan Astro Gempak, aktres berusia 53 tahun itu selesa berkawan dengan lelaki berkenaan dan menyifatkannya sebagai seorang yang baik serta matang. “Ya betul, tetapi saya tak boleh nak cerita lebih-lebih. Nanti kalau tak jadi malu, jadi simpan sahajalah. Saya pun masih mengenali dia.

Kita tak akan betul-betul kenal orang jadi saya serahkan kepada Allah SWT. Adalah dalam setahun lebih kenal dia. Sekarang saya dalam fasa single tapi not available. Pada saya sebab dia orang yang baik, dia suka saya yang matang. Sebenarnya saya malu, rasa macam serius ke dia ni. Dia pula muda pada saya, lewat 30an,” katanya. Elly berkata demikian ketika ditemui selepas pementasan teater Andak Bertandak bertempat di The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC) pada Khamis.

Dalam pada itu, Elly turut meluahkan rasa kesyukuran kerana jejak itu tidak kisah dengan statusnya sebagai seorang ibu selain boleh menerima kehadiran anak-anaknya. “Bab jodoh itu, semua saya letakkan pada Allah tapi saya tak nak cakap lebih. Nanti kalau kita cakap lebih takut tak jadi,” ujarnya. Pada masa yang sama, Elly berkata dia juga tidak pernah merancang mahupun menyekat kehadiran jodoh kerana ia adalah takdir Allah.

“Seandainya ada jodoh, saya okay sahaja. Tapi kita kena pastikan keluarga dia boleh terima, maksudnya mak ayah sebab dia bujang. Usianya pula 35 tahun ke atas, dia boleh terima anak-anak saya. Untuk saya, saya pernah berkahwin jadi kita tahu tentang berkeluarga dan bersaudara mara. Dia orang baik, alhamdulillah. Saya segan sebenarnya, yang ini pun saya tanya, awak tak kisah ke saya lebih tua daripada awak, saya 53. Tetapi dia kata dia suka orang yang lebih matang daan tak suka budak-budak,” jelasnya.

Sekadar info, Azri dan Ellie berpisah pada 17 Mei tahun lalu selepas 19 tahun hidup bersama dan mereka dikurniakan dua anak iaitu Azreel Omar, 19 dan Nur Azreen, 14. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.