Tak nak ingat kisah lalu yang menyakitkan, Aisyah Hijanah akui kini dah kembali hadir majlis ilmu

TABAH hadapi ujian demi ujian, personaliti media sosial Aisyah Hijanah sentiasa berfikiran ke hadapan daripada mengingati kisah lalu yang menyakitkan. Aisyah atau Aisyah Hijanah Azhari, 26, berkata, dia sentiasa bersangka baik dengan ujian ditetapkan Allah SWT serta sudah kembali menghadiri majlis ilmu untuk menenangkan diri. “Sekarang memang banyak tetapkan pemikiran saya untuk selalu maju ke hadapan.

Bersangka baik dengan Allah kerana banyak lagi yang Allah nak beri selepas ini. Sekarang juga saya dah kembali hadiri majlis ilmu seperti dahulu,” katanya ketika dihubungi. Bercakap tentang majlis ilmu, Aisyah berkata, perkara itu banyak menenangkan hati dan dia percaya dengan nikmat sabar dalam hadapi dugaan hidup. Malah Aisyah berkongsi rutin hariannya seperti perbanyakkan solat sunat dan bersembahyang di masjid sekurang-kurang sekali sehari.

“Saya percaya nikmat sabar. Bila pergi majlis ilmu ni banyak yang lembutkan hati. Rutin harian selalunya saya banyakkan solat sunat dan minta Allah berikan yg terbaik. Banyak ke masjid dan setiap hari mesti ada satu waktu solat yang wajib buat dekat masjid,” jelasnya. Sebelum ini, Aisyah dan suaminya iaitu pempengaruh Alif Teega direman bermula 11 Julai sehingga 16 Julai bagi membantu siasatan kes berhubung salah guna kuasa di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Mereka kemudian dibebaskan selepas membayar wang jaminan sebanyak RM200,000 namun perlu melaporkan diri sebulan sekali di pejabat SPRM. Terbaharu, menerusi laporan pada Ahad, Aisyah mendedahkan sudah memfailkan pisah terhadap Alif namun wanita itu enggan berkongsi lanjut punca dia melakukan perkara tersebut. Untuk rekod, Aisyah dan Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017. Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif, dan Safiyyah Hijanah.

Kemudian pada 18 November tahun lalu, Aliff berkahwin buat kali kedua bersama Fatin Umaidah di Thailand ketika Aisyah sedang sarat mengandung. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.