Kerap buat live sebab dah tiada job, sekali anak tiri tampil pertahankan Datuk Siti Nurhaliza

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza diperli ‘artis tiada job’ oleh sesetengah pihak apabila kerap melakukan siaran langsung di platform TikTok miliknya bagi mempromosikan produk. Perkara itu dinyatakan satu akaun X peminat Siti Nurhaliza apabila mengatakan ada pihak mentertawakan penyanyi itu memandangkan kerap melakukan siarang langsung di platform berkenaan.

Susulan daripada itu, anak tiri kepada penyanyi tersebut iaitu Asyraf Khalid telah membidas kata-kata kurang sedap didengar mengenai kerjaya Siti Nurhaliza. Soalnya, bagaimana seorang penyanyi yang beberapa kali membuat konsert dalam masa setahun sehingga kurang rehat  boleh dikatakan tiada kerja hanya disebabkan dia melakukan siaran langsung.

Tambahnya Asyraf lagi, tidak salah jika penyanyi lagu Cindai itu melakukan promosi di media sosial memandangkan dia adalah pemilik perniagaan produk kecantikan jenama sendiri yang pasti memerlukan pemasaran. Jelasnya, sesibuk apapun ibu tirinya itu, produk keluaran syarikat tetap menjadi keutamaan. Perkongsian tersebut juga telah menghadirkan pelbagai komen daripada warganet yang turut sama terkilan apabila ada pihak yang mentertawakan usaha Siti Nurhaliza dalam perniagaan.

Ujar mereka, apa yang dilakukan penyanyi kesayangan ramai itu bukan hanya untuk produk kecantikannya tetapi turut membuka jalan buat rezeki-rezeki ejen dan stokis yang menjual produk keluarannya. Datuk Seri Siti Nurhaliza sememangnya antara selebriti yang cukup aktif di media sosial dan tidak lokek berkongsi aktiviti hariannya kepada peminat. Dia juga kerap membuat siaran langsung mempromosikan produk ataupun sekadar berborak dengan peminat-peminat yang sentiasa setia mendengar celotehnya serta keletah anak-anak yang sedang membesar.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.