Walaupun baru lepas berpisah tapi gigih cari rezeki, ramai yang puji kecantikan Ira Kazar

Walaupun baru sahaja berdepan dengan ujian perpisahan, namun bekas isteri kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar dilihat tetap meneruskan kehidupannya seperti biasa. Terbaharu, menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Ira atau nama lengkapnya Faghirah Fatini Kazaruddin dilihat sedang mempromosikan produk kosmetik iaitu gincu. Anak kepada aktor Kazar Saisi itu mengoleskan bibirnya dengan beberapa warna gincu yang berlainan. Klik sini untuk lihat video.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecantikan Ira dan dalam masa yang sama mereka juga mengagumi ketabahannya dalam menempuh dugaan rumah tangga. “Ada iras Deepika Padukone.” Lawa dia ni, manis. Bagus pilih untuk diam.” Lupakan kisah sedih, bangkit dan mulakan hidup baru. Kerja cari duit.” Walau banyak cemuhan, dia pilih berdiam. Ini yang saya suka tentang dia. Lagi dicemuh lagi dia diam dan tenang.” Pakai tudung labuh ni nampak lembut je Ira. Perempuan bila kurang bercakap dan tak meroyan auto nampak mahal.”

Pada Khamis, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik yang dilafaz oleh Syamsul terhadap Ira ketika pasangan itu masih bergelar suami isteri. Peguam syarie mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais berkata, Ira melanggar taklik sebanyak lima kali sejak 14 Ogos lalu. Terdahulu, Syamsul mengejutkan orang ramai apabila membuat keputusan memfailkan perpisahan terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada 16 Ogos lalu.

Menurut peguam yang mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais, pasangan itu sudah tiada persefahaman. Untuk rekod, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand. Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perpisahan sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.