Ada hikmah berkahwin dengan Angeline Tan, Sabri Yunus akui makin rajin mendalami ilmu agama

PELAKON dan pengarah Sabri Yunus menegaskan dia bukan seorang agamawan malah tiada kredibiliti untuk dijadikan tempat rujukan mengenai persoalan berkaitan agama. Sabri, 63, sebaliknya menjelaskan dia hanya mampu menjawab pertanyaan daripada isterinya iaitu pelakon Angeline Tan yang juga seorang mualaf bagi membantunya memahami Islam dengan lebih baik. “Saya tak bersedia menjawab pertanyaan orang lain sebab saya bukannya ustaz.

Tugas saya sebagai suami hanyalah untuk menjawab pertanyaan isteri… Kalau orang lain, lebih baik tanya pada pihak berautoriti. Kecuali kawan-kawan rapat yang mungkin tak faham tentang sesuatu perkara. Tapi kalau sampai telefon nak bertanya memang saya tak boleh nak jawab sebab bagi saya, hal-hal berkaitan agama ini perlu berhati-hati,” katanya.

Sabri berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media program Angeline Tanya Abang Jawab yang berlangsung di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada Isnin. Dalam pada itu, Sabri mengakui perkahwinan dengan Angeline turut membuka lembaran baharu kepada dirinya dalam mendekatkan diri dan memperkukuhkan ilmu tentang Islam. Jelasnya, dia kini lebih banyak belajar tentang agama demi mencari jawapan bagi setiap pertanyaan dan kemusykilan Angeline.

“Ada hikmah juga saya berkahwin dengan Angeline. Saya jadi lebih rajin mencari jawapan tentang sesuatu perkara agar mudah saya terangkan kepada isteri. Saya banyak merujuk kepada agamawan, menonton ceramah agama bersesuaian di YouTube agar mudah isteri faham sebagai mualaf,” jelasnya. Dalam perkembangan lain, Sabri dan Angeline bakal tampil dengan program ilmiah bertajuk Angeline Tanya Abang Jawab yang bakal bersiaran di TV Al-Hijrah pada 18 September ini.

Setiap episod program ini menampilkan segmen di mana Angeline, bersama panel pakar jemputan, membincangkan topik-topik yang relevan, dari perspektif yang mudah difahami golongan Mualaf. Antara barisan ilmuan terlibat termasuklah Ustaz Harryanto Rizal Rokman, Ustaz Azhar Ghazali, Ustaz Zul Ramli dan Imam Muda Asyraf.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *