Sanggup berkorban demi keluarga tercinta, Shila Amzah dedah hanya 3 atau 4 hari seminggu di Malaysia

JIKA tiada sebarang keperluan, penyanyi Shila Amzah tidak akan keluar rumah dan menghabiskan masa sepenuhnya dengan keluarga. Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 34, berkata, tuntutan kerja selain terpaksa berulang-alik ke luar negara membuatkan dia lebih menghargai masa bersama suami dan anak-anak. “Ogos, September dan Oktober adalah bulan yang sibuk bagi saya. Dari Shanghai-Wuxi (China) ke Malaysia, kemudian ke Bali (Indonesia) dan balik Malaysia kemudian saya perlu ke China lagi.

“Memang seminggu dalam tiga atau empat hari sahaja di rumah kemudian terbang semula ke luar negara untuk urusan kerja. Disebabkan itu, jika tidak sebarang keperluan saya tak rasa nak keluar langsung, hanya mahu bersama anak-anak saya,” katanya. Shila berkongsi perkara itu ketika menjawab soalan diajukan pengikut di Instagram miliknya yang mahu mengetahui caranya membahagikan masa antara keluarga dan karier.

Dalam pada itu, Shila berkata, walaupun jadualnya padat namun pengorbanan dilakukan adalah demi keluarga tercinta. Shila juga bersyukur apabila anak sulungnya, Seth Uwais sudah memahami tugasnya sebagai seorang penghibur dan sering berjauhan. “Itulah saya terpaksa berkorban tetapi saya bersyukur Alhamdulillah anak lelaki saya Seth sudah faham dan pandai buat panggilan video.

Saya rindu juga pada Rhea (anak perempuan), rindu bau ‘masam’ dia namun pada akhirnya saya lakukan pengorbanan ini semua ini buat keluarga hanya kerana Allah,” ujarnya. Pada Isnin lalu, Shila memaklumkan dia bakal bertanding dalam sebuah program televisyen di China iaitu Singing With Legends musim keenam. Kata Shila, penyertaan dalam program tersebut adalah langkah untuk terus mengembangkan dan mengukuhkan kerjaya seni di peringkat antarabangsa.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.