Terkena sihir sejak 2016, Harris Annuar tampil kongsikan keadaan terkini Kak Ton

Pelakon dan pempengaruh media sosial, Harris Anuar mendedahkan ibunya yang juga merupakan usahawan kosmetik iaitu Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton masih perlu menjalani rawatan perubatan Islam selepas didakwa disihir sejak 2016. Bukan itu sahaja, Harris atau nama sebenarnya Mohammad Harris Shahrul Annuar memaklumkan bahawa ibunya juga terpaksa melalui proses operasi sebanyak empat kali dalam tempoh dua tahun akibat masalah sakit belakang yang dialami secara tiba-tiba.

“Sebenarnya mak saya kena sihir ini sejak 2016 dan ikutkan cerita ini hanya keluarga saja tahu. Cuma mak saya ada kongsikan sebab orang nak tahu manakah Kak Ton. Saya tak pasti siapa individu yang menghantar sihir. Saya pelik bila tengok keadaan dia yang mana dia tiba-tiba sakit belakang, jalan pun bongkok dan kaki dia mula kebas.

Malah, disebabkan sakit belakang itu juga dia memerlukan operasi sebanyak empat kali dalam masa dua tahun. Bila pembedahan keempat tu, doktor sendiri cakap dah pelik sebab sakit itu bukan dari segi scientific. Tak logik buat empat kali tapi masih gagal. Doktor sarankan untuk mak saya pergi berubat secara Islam dan memang sah mak saya kena buatan.”

Harris berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi sidang media Muzikal Lawak Superstar yang diadakan di Zebra Square, Kuala Lumpur pada petang Rabu. Bukan itu sahaja, Harris turut memberitahu bahawa ibunya pernah mengalami perkara mistik lain seperti muntah buih ketika melakukan proses berubat. Walau bagaimanapun, bekas peserta Hero Remaja ini bersyukur keadaan ibunya sudah beransur pulih ketika ini.

“Alhamdulillah, sekarang ini dah semakin baik sebab kita pun dah tahu punca dia. Kita dah selalu berubat sehingga sekarang. Masa pertama kali berubat tu, kaki dia dari kebas terus boleh berjalan. Lepas pada berubat juga, mak pernah muntah yang macam berbuih. ikutkan mak memang tak pernah sakit. Ikutkan mak mula rasa kaki kebas setiap kali nak keluar rumah pada 2016. Kemudian sakit belakang pada 2019 dan mula jalani pembedahan pada 2023 dan 2024.”

Dalam pada itu, Harris memaklumkan dia pernah terkena tempias daripada sihir yang dihantar kepada ibunya. “Dulu saya pernah juga kena tempias sikit, tapi sikit-sikit sajalah. Kadang-kadang saya ada nampak kelibat di kawasan rumah dan juga bila keluar dari rumah. Antaranya ialah pocong dan saya ada dengar ustaz cakap yang bila kita nampak pocong ini, itu tandanya kita terkena tempias sihir.

Ikutkan mak dah lama kena sihir, sebelum 2016 lagi, tapi sebelum itu kena dekat kedai, orang lalu kedai mak, tapi tak nampak kedai. Bila berubat, jadi okay. Lepas itu, datang balik sihir. Terdahulu, Kak Ton mendedahkan dirinya kembali meneruskan perniagaannya selepas pulih dari gangguan sihir yang dihadapinya.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *