Pelakon sensasi, Rita Rudaini menegaskan kehebatan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin dalam bidang sukan tiada kaitan dengan genetik keluarga. Menurut laporan Harian Metro, Rita berkata kejayaan serta pencapaian anak lelakinya itu adalah hasil usahanya sendiri sebagai ibu tunggal sejak 15 tahun lalu. “Tiada keperluan untuk orang luar mengaitkan kejayaan anak saya dalam bidang sukan dengan sesiapa. Tidak ada kaitan DNA pun sebab saya yang membesarkan mereka sendiri sebagai ibu tunggal sejak 15 tahun lalu.
Jadi, sebab apa nak dikaitkan DNA semua? Pernah ke nampak bapanya gendong anak atau hantar anak pergi sekolah? Tak pernah, kan? Jadi orang luar, jangan cakap mengenai saya dan anak-anak. Hanya saya saja yang sentiasa bersama mereka (anak). Saya juga yang duduk tengok anak tepi padang dan hantar anak ke sekolah. Tapi, orang lain sibuk nak sebut anak ikut legenda dan macam-macamlah. Saya pun jadi pelakon, tak warisi bakat sesiapa sebab dalam keluarga saya tak ada pun genetik pelakon dan hanya saya seorang saja yang terbabit dalam karier seni ini,” katanya.
Bagi Rita, anak-anak ibarat kain putih dimana ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan mereka untuk menjadi seorang insan berguna kelak. Terdahulu, ibu kepada dua cahaya mata tersebut luah rasa kecewa terhadap sebuah portal menggunakan tajuk Anak Legenda JDT (Johor Darul Takzim) berkaitan rekod terbaik yang dicatatkan Rayyan pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Selangor (MSSS) 2024.
Sekadar info, Rita pernah berkahwin dengan Aidil pada 2008 namun memilih jalan untuk berpisah September 2013. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Rayyan dan Airit Qaqa Arjuna. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.