Masih menjalani pantang macam biasa, isteri Dai Syed ucapkan terima kasih pada mereka yang mendoakan untuk dia

Isteri Dai Syed ucap terima kasih kepada yang mendoakan dan memberi kekuatan untuk dia sekeluarga selepas apa yang berlaku sebelum ini. Menerusi Insta Story, Hana Ismail menyatakan bahawa doa yang baik-baik diterima itu bukanlah bermakna dirinya layak tetapi kerana tingginya akhlak serta ihsan orang ramai. “Terima kasih semua yang mendoakan dan memberi kekuatan untuk kami bukan kerana kami layak tapi kerana tingginya akhlak dan ihsan kalian,” tulisnya.

Personaliti televisyen itu turut berkongsi gambar makanan pantang untuk dijamah memandangkan baru sebulan bergelar ibu. Ujarnya, dia masih lagi menjalani pantang selepas bersalin anak pertamanya bersama Dai Syed pada 14 Ogos 2024. Dalam pada itu, Hana turut memuat naik gambar sewaktu bertemu dengan rakan selebriti termasuklah Heliza Helmi yang menggendong anak perempuannya, Sharifah Fatma Nour Jamalullail.

Sekadar info, Hana Ismail telah selamat melahirkan cahaya mata sulung pada 14 Ogos 2024 kira-kira jam 2.06 petang hari Rabu. Hana dan Da’i Syed telah menimang anak perempuan setelah hampir setahun lebih mendirikan rumah tangga. Walau bagaimanapun, suaminya yang juga pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya,  Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29 dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan mergl seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

Ketika itu, bayi pasangan berkenaan baru sahaja berusia 16 hari dan Hana masih lagi dalam fasa sedang bepantang. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *