Hilang 6 insan tersayang dalam sebuah kejadian tak diingini, tak sangka kini Abdul Rahman dah lanjut kat pengajian di Universiti Islam Selangor

Tahun lalu, nasib seorang remaja lelaki pernah tular apabila dilaporkan kehilangan enam insan kesayangan dalam sebuah kejadian tak diingini yang berlaku Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan. Meskipun sudah setahun berlalu, namun masyarakat masih mengikuti perjalanan hidup remaja lelaki, Abdur Rahman Amir Ruddin, 20 dan adik lelakinya yang Abdullah Amir Ruddin,16.

Terbaharu, apa yang menarik perhatian ramai adalah Abdur Rahman dilaporkan melanjutkan pengajian di Universiti Islam Selangor. Menerusi perkongsian di TikTok tinienie4, memaparkan remaja itu dibawa melaporkan diri ke sebuah institusi pengajian terletak di Bandar Seri Putra, Kajang. “Bismillahirahmanirahim.. Semoga apa yang dicitakn tercapai nanti. Semua pun mendoakan yang terbaik buat kamu. Jaga diri baik-baik, Aman (Abdur Rahman),” tulisnya. Klik sini untuk lihat video.

Difahamkan, Abdur Rahman mengambil jurusan pengajian bahasa Al-Quran. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa syukur dan tidak henti menitipkan ucapan tahniah buat remaja itu kerana berjaya melanjutkan pengajian. Mereka juga mendoakan agar Abdur Rahman yang mesra disapa Aman berjaya di dunia dan akhirat selain mencapai cita-cita yang diimpikan selama ini.

Pada 1 September tahun lalu, Abdul Rahman kehilangan ibu bapa, Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhammad, 43, selain empat adik-beradik iaitu Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, dalam kejadian tak diingini di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan. Seorang lagi adiknya, Abdullah Amir Ruddin (kini 16 tahun) terselamat selepas dilaporkan mengalami cedera parah pada tahun lalu.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.