Warganet minta Uyaina siap sedia untuk masuk pnjara, tak boleh berdiam sekali ini pula respon dari tuan badan

Selebriti, Uyaina beri ilmu baru tentang proses saman malu apabila ada warganet yang memerlinya menyuruh makan sepuasnya sebelum dijerumuskan ke dalam penjara susulan isu hangat di media sosial. Dalam perkongsian TikTok pengacara Wanita Hari Ini berkenaan, dia telah memuat naik video sedang menikmati hidangan, namun komen-komen yang diterima terlihat kurang cerdik. Antara komen yang diterima adalah meminta Uyaina atau nama sebenarnya,  Saidatul Naseha Uyaina Arshad untuk makan sepuasnya sebelum hanya menikmati lauk ikan kering dan teh O sahaja.

Susulan daripada komen-komen yang kurang faham berkenaan proses dan hukuman saman malu,  Uyaina beri ilmu baru dengan  menjelaskan kepada beberapa pihak yang mungkin tidak tahu istilah yang mereka tulis di ruangan komen. Ujarnya, ‘saman malu’ adalah kes yang dikategorikan sebagai fitnah. jadi, hukuman yang dikenakan tidak akan dimasuki penjara, namun orang yang berdepan dengan saman tersebut perlu membayar kerugian tersebut.

“OK ni ilmu baru untuk awak ok. ‘Saman malu’ ni adalah kes defamation. Hukuman dia tak masuk penjara tau. Orang yang berdepan dengan saman ni, kalau bersalah, kena bayar damages atau ‘kerugian.’ tulisnya. Selebriti tersebut turut menambah jika seseorang tersebut didapati tidak bersalah, orang yang melemparkan saman pula yang akan menanggung malu.

Walau bagaimanapun, masih ada lagi yang tinggalkan komen seakan tidak ‘move on’ dengan isu sebelum ini susulan berasa tidak senang dengan konten kesedaran berkenaan isu pedofilia yang disampaikan. Terdahulu, Uyaina Arshad dan Diana Danielle antara nama selebriti yang ‘dipetik’ warganet susulan kenyataan dari peguam yang mewakili pemandu bas dimana ahli keluarga berniat mahu menyaman beberapa pihak termasuk selebriti kerana telah membuatkan mereka dikecam.

Hal ini susulan kes seorang pemandu bas yang ditahan dan dituduh di bawah akta gangguan seksual terhadap kanak-kanak menerusi video-video yang dikongsi di media sosial dengan menggunakan kapsyen serta kata-kata tidak sesuai. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.