Tak dedahkan nama, Datin Patimah seakan memerli seseorang yang yang jadi punca keretakan rumahtangga Syamsul dan Puteri Sarah

Ibu kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail menyifatkan kepulangan anaknya itu ke pangkuan keluarga disebabkan keberkatan doa yang dipanjatkan selama ini. Menerusi hantaran di Instagram, Patimah seakan memerli seseorang yang menjadi punca keretakan rumah tangga Syamsul dan bekas isteri pertama, Puteri Sarah hingga membawa kepada perpisahan.

“Kepulangan anak saya (Syamsul) ke pangkuan keluarga atas doa kami (keluarga) semua. Jangan letakkan kesalahan kepadanya. Kerana kamu yang memulakannya hingga kehidupan isteri dan anak-anaknya teraniaya.” Meskipun tidak mendedahkan nama mana-mana individu, namun dipercayai perkongsian itu ditujukan kepada bekas isteri kedua Syamsul, Ira Kazar.

Dalam pada itu, Patimah turut menasihati individu yang dimaksudkan untuk bermuhasabah diri dan merenung kesalahan yang dilakukan. “Muhasabah lah diri dan keluarga kamu.” Terdahulu, Syamsul mengejutkan ramai pihak apabila akhirnya pulang ke pangkuan keluarga selepas lebih dua tahun tidak berjumpa ibu bapanya.

Tindakan pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu berbuat demikian sejurus dia bercerai dengan isterinya, Ira Kazar pada 5 September lalu. Untuk rekod, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand. Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.