Beri bayangan bakal jadi penyanyi, Ira Kazar kongsikan keadaan terkini lepas menjanda

Bekas isteri kepada pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar berkongsi keadaan terkini selepas sah bercerai dengan pengarah itu pada 5 September lalu. Ketika ditemui, Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin berkata, dia kini berada dalam keadaan yang baik setelah bergelar solo. “Alhamdulillah, semuanya okay saja.” Tambah anak kepada pelakon Kazar Saisi itu lagi, dia juga menerima banyak tawaran untuk melakukan ‘review’ produk di media sosial.

Bukan itu sahaja, dia juga ada menerima tawaran untuk menjadi penyanyi. “Ketika ini saya ada juga ambil ‘job’ sikit-sikit, pergi ‘shooting’ dan ambil ‘review’. Tawaran berlakon tiada tapi tawaran untuk menyanyi itu adalah. Insya-Allah, mungkin (ada rezeki keluarkan single).” Ira berkongsi perkara tersebut di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada petang Rabu.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai komen warganet yang mengatakan dirinya makin cantik setelah bergelar solo, Ira hanya tersenyum sambil menitipkan ucapan terima kasih. “Betul kah saya makin cantik? Saya tiada komen mengenai itu. Cuma, terima kasih atas komen tersebut. Alhamdulillah.” Terdahulu, Ira hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi prosiding tuntutan kos kehadiran daripada bekas suaminya, Syamsul Yusof.

Pada 5 September lalu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik yang dilafaz oleh Syamsul terhadap Ira ketika pasangan itu masih bergelar suami isteri. Syamsul dan Ira kemudiannya disahkan berpisah oleh mahkamah pada hari yang sama. Menurut peguam syarie yang mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais, Ira melanggar taklik sebanyak lima kali sejak 14 Ogos lalu.

Imbas kembali, Syamsul mengejutkan orang ramai apabila membuat keputusan memfailkan perpisahan terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada 16 Ogos lalu atas sebab tiada persefahaman. Untuk rekod, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand. Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perpisahan sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.