Baru baru ni Ds Vida ada beri teguran secara terbuka, sekali ini pula respon selamba dari Caprice

Baru-baru ini, usahawan kosmetik, Dato’ Sri Vida (DSV) menegur tindakan aktivis serta rapper terkenal, Caprice yang dikatakan memuat naik terlalu banyak content sehingga ia menjadi sesuatu yang mengaibkan serta menjengkelkan. Pemilik jenama Vida Beauty itu memetik contoh isu Abang Bas yang sering diketengahkan oleh Caprice di media sosial miliknya, namun menurut DSV ia sudah menjadi sesuatu yang annoying serta mengaibkan memandangkan Abang Bas itu sudah pun dikenakan tindakan.

Pun begitu, menerusi IG Story, Caprice hanya mengeluarkan kenyataan untuk mengabaikan kenyataan usahawan kosmetik itu. “Siapa yang mengikuti saya dari dulu, korang mesti tahu kan 99% berita atau kes yang saya cover sebab ramai yang minta ataupun mangsa sendiri yang minta tolong. Cuma 1% konten sahaja yang cuba saya melawak,” tulisnya. Dalam pada itu, Caprice turut berkongsi bagaimana cara dia ‘bekerja’ bagi membantu menyuarakan kes-kes jenayah yang belum diketahui oleh umum.

Caprice juga menggunakan contoh isu yang sedang kecoh sekarang iaitu isu Global Ikhwan Services Business Holding (GISBH) yang secara tidak langsung juga didedahkan olehnya dalam beberapa episod audio siar. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.