Bekalan makanan ambil dari kedai runcit sendiri, Mua Bellaz agihkan bantuan pada orang kampung yang jadi mangsa banjir

Juru solek terkenal, MUA Bellaz agih bantuan buat mangsa banjir di sekitar kawasan tempat tinggalnya di Kedah susulan ramai yang mengalami kesulitan dalam mendapatkan bekalan makanan sejak bencana alam berlaku. Menerusi perkongsian di media sosial, MUA Bellaz bersama suami, yang dikenali sebagai Mat Nuart telah bergotong-royong bersama staf-stafnya untuk menghulurkan bantuan makanan tersebut sejak beberapa hari kebelakangan ini. Klik sini untuk lihat video.

Ujarnya, dia telah mengagihkan bantuan bekalan makanan yang diambil dari kedai runcit mereka, BellaZMart Nuart yang bakal beroperasi dalam beberapa minggu lagi. Dapat dilihat juga yang mereka telah menaiki lori pergi rumah ke rumah di kawasan kampung untuk memberikan bantuan makanan walaupun perlu melalui tanah lumpur susulan banjir yang mulai surut.

Perkongsian MUA Bellaz atau nama sebenarnya, Nur Nabilah Zulyadaini telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata memuji tindakan yang dilakukan pempengaruh tersebut. Mereka juga berdoa agar dia dan suami terus dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan susulan bantuan yang diberikan kepada masyarakat setempat walaupun kediamannya sendiri turut mengalami banjir.

Sebelum ini, tular di media sosial apabila juru solek terbabit melaram sakan dengan mengambil gambar Oufit Of The Day (OOTD) sewaktu meredah banjir baji k pekan berhampiran. Walaupun kediamannya dikelilingi banjir, MUA Bellaz tetap terlihat cantik dan berbaju ‘vouge’ bagi sewaktu menyelurusi air bah menaiki kenderaan.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *