Bagaikan cahaya baru dalam kehidupan, Isa Isarb umum isteri kini hamil 5 bulan

Pempengaruh dan YouTuber, Isa Isarb umum berita baik apabila isterinya, Lisa Nosra kini hamil lima bulan selepas alami keggran anak sulung mereka, sebelum ini. Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Isa atau nama sebenarnya Isa Batharul Zaman di laman YouTubenya, dia menganggap kehadiran cahaya matanya pada kali ini telah memberi sinar baharu dalam kehidupannya.

“Kehamilan isteri saya ni buat saya kembali bermotivasi, dia bagaikan cahaya baru dalam kehidupan saya,” katanya. Tambah Isa lagi, dia sedaya upaya untuk merahsiakan kehamilan kali kedua ini kerana enggan untuk mengulangi kesilapan lalu selain mengelak daripada terkena penyakit ain. “Sebab itu kalau korang perasan dalam video saya tiada isteri saya, supaya berita kehamilan isteri saya dirahsiakan. Saya ada dengar mengenai penyakit ain dan sebagainya. Jadinya, saya tak nak ulang balik kesilapan lalu,” ujarnya.

Terdahulu, Isa Isarb memuat naik video berkongsi berita kehamilan isterinya selepas tujuh hari mereka bernikah. Bagaimanapun, Lisa alami keggran selepas beberapa hari mengumumkan berita baik tersebut kepada orang ramai. Untuk rekod, Isa dan Lisa telah mendirikan rumah tangga pada 10 Mac lalu.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *