Dh jatuh hkman tak semestinya bersalah, pelik ramai pula yang tak boleh terima bila Pu Azman dipnjara 24 tahun

Masih ada warganet tak terima PU Azman dipenjara selepas berita hkmn diberikan mahkamah susulan ‘pendakwah’ itu didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun, dua tahun lalu. Menerusi tangkapan layar yang dikongsikan semula pengguna X dikenali sebagai JatIkhwan apabila ada sesetengah warganet di TikTok yang seakan tidak bersetuju PU Azman dipenjara.

Pelbagai komen seakan tidak percaya bahawa jenayah tersebut dilakukan oleh individu yang sering bercakap tentang agama apabila menganggap hukuman yang dijatuhkan belum tentu membuktikan tertuduh bersalah. “Jatuh hukuman tak semestinya dia bersalah ramai orang masuk pnjr yang bukan diatas salah sendiri. Hanya Allah S.W.T yang tahu mereka itu bersalah atau tidak,” tulis seorang warganet.

Perkara tersebut telah disokong oleh seorang lagi warganet dengan menyatakan tentang aib dan menganggap mungkin apa yang berlaku adalah satu bentuk pengajaran serta boleh jadi pahala yang diperoleh oleh tertuduh jauh lebih banyak daripada kita. “Benar sis, kalau pun dia bersalah, dia dah dapat hukuman dunia. Tak apalah jadi pengajaran untuknya. Dia dalam tu dah tentu-tentu boleh buat banyak pahala, mengaji ke apa. Kita ni belum tahu lagi. Allah jaga aib kita,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Komen-komen yang dilihat tidak sesuai konteks telah menjadi perhatian ramai dan kebanyakan warganet merasakan kenyataan warganet tersebut kurang bijak kerana masih lagi tak terima PU Azman dipenjara walaupun hukuman sudah dijatuhkan pihak mahkamah.

Terdahulu, PU Azman atau nama sebenarnya, Azman Syah Alias, 43 telah dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun dengan 2 sebatan susulan didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun. Mahkamah juga menetapkan supaya PU Azman untuk menjalani sesi kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.