Pelakon wanita, Abby Abadi tiada niat ikut campur permasalahan rumah tangga pasangan selebriti, Fattah Amin dan Fazura, cuma dirinya akui begitu sedih dengan berita tersebut. Menerusi luahan Abby di Insta Story, dia berharap agar Fattah Amin dapat mengambil cuti dari pengambaran drama yang sedang dijalankan untuk kembali ke rumah bagi memperbetulkan sebarang permasalahan antaranya dan Fazura.
Ujar Abby Abadi, dirinya tiada kena mengena pun dalam hubungan rumah tangga pasangan tersebut, namun berasa sangat sedih apabila melihat Fattah dan Fazura bakal berpisah jika perkahwinan mereka ini tidak dapat diselamatkan. Dia juga meminta agar mereka tidak mengalah dan sama-sama perbaiki kekurangan kerana mereka dilihat sangat sepadan antara satu sama lain.
“Akak minta maaf. Akak tiada niat nak masuk campur. Tak tahu kenapa akak rasa sedih sangat kalau korang berpisah. Korang sama cantik, sama padan dah. Perbaiki apa yang kurang, yang lain serah kepada Allah. Jangan kalah dengan syaitan,” tulisnya. Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan turut mengucapkan selamat hari lahir buat Fazura yang kebetulan menyambut ulang tahun ke-41 pada hari ini.
Abby Abadi tiada niat ikut campur berulang kali memohon maaf dan sangat berharap Fazura dapat memberikan peluang kepada Fattah andai benar aktor tersebut melakukan kesilapan. “Sanah helwah. Sorry, tak niat ikut campur tapi tolonglah, kalau Fattah salah, bagilah peluang,” ujarnya lagi.
Abby juga memohon agar orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat pasangan tersebut dan berharap agar Allah S.W.T dapat menyelamatkan rumah tangga mereka. Dia akui tidak tahu mengapa berasa begitu sedih apabila mengetahui bahawa pasangan berkenaan bakal bercerai kerana merasakan mereka sudah ditakdirkan bersama. “Tak tahu kenapa kita jadi sedih sangat kalau diorang berpisah. Diorang memang diciptakan untuk bersama. Tak boleh cerai! Tak boleh,” kata Abby lagi.
Terdahulu, Abby Abadi mengakui kerap menangis apabila membaca berita tentang rumah tangga Fattah Amin dan Fazura susulan tuntutan penceraian yang dibuat oleh aktres tersebut pada 13 September lalu. Dia telah menitipkan nasihat supaya kedua-duanya tidak cepat mengalah dan sama-sama memperbaiki hubungan agar perkahwinan yang memasuki usia 7 tahun itu tidak karam di tengah jalan.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.