Puji tindakan Syamsul dah berdamai dengan keluarga, tak sangka rupanya Datuk Aaron Aziz dan Syamsul Yusof masih belum berhubung

HUBUNGAN pelakon Datuk Aaron Aziz dan pengarah Syamsul Yusof masih belum pulih sejak isu persengketaan di antara mereka tercetus tahun lalu. Bagaimanapun, Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 48, memuji tindakan Syamsul yang sudah berdamai dan kembali ke pangkuan keluarga baru-baru ini. “Tak, tiada berhubung langsung dengan dia (Syamsul). Tapi kalau dia dan keluarga dia sudah berdamai baguslah, Alhamdulillah. Itu sahaja yang boleh saya cakap,” katanya.

Aaron berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Sesi Meet And Greet With Aaron Aziz di Mee Hiris China Muslim, Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur pada malam Jumaat. Jelas Aaron, dia mengetahui hubungan pengarah itu sudah pulih dengan keluarganya selepas melihat foto Syamsul bersama keluarga tular di media sosial. Namun, pelakon filem Sheriff itu berkata ia hanya terhenti di situ kerana enggan mencampuri urusan peribadi Syamsul dan keluarganya.

“Saya hanya lihat gambar keluarga bahagia mereka dan Puteri Sarah pun ada kat situ. Selain daripada itu, saya tidak ada nak korek-korek atau baca. Sebab saya jarang nak ambil tahu fasal rumah tangga orang lain,” jelasnya. Pada 11 September lalu, ibu Syamsul iaitu Datin Patimah Ismail berkongsi foto di Instastory kepulangan anaknya ke pangkuan keluarga selepas sekian lama tidak bersua muka. Untuk rekod, pada Mac tahun lalu, persengketaan antara dua selebriti itu bermula selepas Syamsul bertindak menggugurkan nama Aaron sebagai salah seorang pelakon filem The Original Gangster.

Menurut pengarah itu, dia membuat keputusan berkenaan kerana risau dengan masalah kesihatan Aaron dihadapi aktor tersebut ketika itu. Sehingga kini, Aaron dan Syamsul tidak berhubung mahupun berjumpa bagi menyelesaikan persengketaan di antara mereka berdua.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.