Boleh jejaskan nama dia dan isteri, Ryzal Ibrahim tegur tindakan peniaga guna gambar isteri menangis untuk berniaga

PERSONALITI media sosial, Ryzal Ibrahim menegur tindakan peniaga atas talian yang tergamak menyebar fitnah mengenai rumah tangganya demi melariskan produk jualan mereka. Memandang serius tindakan tidak bertanggungjawab itu, Ryzal atau Nik Muhammad Ryzal Ibrahim, 32, mengakui bimbang fitnah berkenaan boleh menjejaskan namanya dan isteri. “Awak berniaga Shopee sekalipun jangan sampai fitnah rumah tangga orang sebagai modal untuk tarik pembeli.”

“Sesetengah orang mungkin tak tekan link itu tapi kebanyakkan akan baca tajuk dan buat andaian sendiri,” katanya menerusi satu hantaran di Instastory pada Isnin. Berserta kapsyen berkenaan, Ryzal turut memuat naik tangkap layar berita bertajuk ‘Maryam menangis, rupanya sudah setahun pendam. Ini yang berlaku antara dia dan suaminya’. Paparan berita itu memaparkan wajah isteri kepada Ryzal iaitu Maryam You NaRae sedang menangis.

Tajuk sensasi dan gambar yang ditunjukkan itu sekaligus meyakinkan pembaca untuk menekan pautan disediakan. Dalam pada itu, Ryzal mengingatkan semua pihak terutamanya peniaga atas talian agar menjalankan perniagaan secara beretika dan jujur. Jelasnya, tindakan menarik pembaca dengan cara berkenaan salah dan boleh mengundang dosa. “Kalau pun kandungan berita itu benar, maka awak dah dapat dosa mengumpat dan kalau tak dapat dosa fitnah,” jelasnya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *