Tak dapat gambarkan perasaan sayang terhadap isteri, Izzue Islam akui setiap masa nak ada di samping isteri

Penyanyi dan pelakon, Izzue Islam tidak dapat menggambarkan perasaan kasih sayangnya terhadap isteri tercinta, Nurnafilah Waharudin telah meruntun hati warganet di media sosial. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan sekiranya dia bertemu illahi terlebih dahulu sebelum isterinya. Klik sini untuk lihat video.

Jelasnya, Nurnafilah atau lebih dikenali sebagai Awin mempunyai personaliti yang sangat istimewa dan Izzue sahaja yang tahu cara untuk melayani isterinya berbanding orang lain. “Setiap masa, setiap saat memang aku nak dia dengan aku. Kalau tanya berapa banyak sayang aku kat dia, aku tak boleh nak cakap. Tuhan je tahu berapa banyak sayang aku kat dia. Dan seandainya aku pergi dulu tak tahu la sebab benda ni Allah yang susun kan.

Aku nak ada orang boleh layan macam mana aku layan dia. Aku tak tahu sebab Awin ni dia sangat istimewa, manja, dia ada banyak benda yang orang lain tak boleh buat, aku je boleh buat. Jadi kalau aku tak ada, siapa yang nak buat?” ujarnya sambil menangis. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terutamanya golongan wanita tersentuh dengan perkongsian pelakon drama Sebenarnya, Saya Isteri Dia! malah menyifatkannya sebagai seorang lelaki yang ‘green flag’.

Dalam pada itu, ramai yang menganggap Awin adalah wanita bertuah kerana memiliki suami penyayang, setia seperti Izzue dan ada individu mendoakan agar mahligai mereka kekal hingga ke syurga. Sekadar info, Izzue dan isteri berkahwin pada 2 Jun 2013 namun mereka belum dikurniakan zuriat sepanjang 11 tahun mendirikan rumah tangga.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.