SERING dituduh menunggang isu anak dan arwah isteri iaitu Siti Sarah, pelawak Shuib memilih pendekatan untuk tidak mempedulikan kata-kata dilemparkan warganet itu. Malah Shuib atau Shahmira Muhamad, 41, berkata dia sudah lali dengan kritikan netizen yang mendakwa kononnya dia sengaja menggunakan arwah untuk meraih simpati ramai. Jelasnya, niat berkongsi kembali kesemua momen Siti Sarah adalah dengan harapan orang ramai turut mendoakan arwah.
“Isu ini bukan sekarang tapi setiap tahun, kalau saya tak kongsi orang akan cakap saya lupa tapi kalau kongsi kata saya tunggang. Hujung-hujung saya rasa lantaklah…. kalau mereka tak nak tengok tak payah tengok! Saya kongsi orang rumah saya bukan orang rumah dia. Saya ada hak!
Ada satu masa saya tak kongsi ketika hari ulang tahun dan hari kematian dia… hati saya sakit dan terasa dengan orang seperti ini. Saya rasa saya pula zlim dengan diri saya, saya ikut kehendak orang,” katanya. Shuib berkongsi perkara itu ketika di Sidang Media Gempak Most Wanted Award 2024 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Rabu. Dalam pada itu, Shuib terharu tindakan anaknya iaitu Talita yang memberitahu ingin membersihkan namanya daripada menjadi bahan kritikan warganet.
Kata Shuib, dia berbangga dengan Talita yang berjanji tidak mahu mengecewakan dirinya sekali gus mencapai cita-cita menjadi penyanyi hebat. “Itu berlaku secara tiba-tiba, saya tak pernah ajar dia cakap seperti itu dan saya juga tak tahu perasaan dia terhadap saya macam mana. Sebagai bapa tentu saya sedih tapi bangga kerana dia anak yang ambil berat terhadap saya. Dia juga berjanji untuk menjadi penyanyi sebenar dan tidak akan kecewakan saya,” jelasnya.
Sementara itu, Shuib berkata hasratnya kini hanya mahu memberikan yang terbaik terhadap anak-anak terutamanya dalam pendidikan, agama mahupun minat mereka. “Apa yang saya buat bukan untuk saya tapi mereka, saya nak mereka membesar sebagai orang ada karier, berjaya dan beragama. Saya nak tengok anak-anak saya semua berjaya… itulah tanggungjawab saya sekarang ini,” ujarnya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.