Pesakit boleh ada bawah katil sendiri, myat bayi tahun 1980 tak dituntut jadi punca hospital alami gangguan mistik

Satu myt bayi 41 tahun tak diuruskan pengebumiannya dipercayai telah menjadi punca kepada kejadian dan gangguan mistik di sebuah hospitak universiti. Perkara itu didedahkan oleh pengurusan jenazah Al-Kifayah Group, Ustaz Muhamad Nur Syafiq menerusi temu bual satu program audio siar (podcast) Tanah Berdaulat TV. Ustaz Muhamad Nur Syafiq berkata, pihak pusat Islam universiti berkenaan telah memintanya untuk menguruskan jnzh bayi tersebut pada tahun 2021. Klik sini untuk lihat video.

Kongsinya, hospital berkenaan dikatakan mengalami gangguan melibatkan mistik seperti mesin ventilator tertutup sendiri, ada pesakit yang ditolak (dari kecemasan) ke ICU (unit rawatan rapi),  termasuk pesakit boleh berada di bawah katil sendiri. “Itu agak mistik juga lah dan bila mereka buat perubatan Islam semua tu, saya tak pasti macam mana mereka buat. Dapat puncanya mungkin daripada simpanan tidak diuruskan termasuk bayi,” katanya ketika diwawancara oleh bekas wartawan jenayah, Syahril A. Kadir.

Tambah beliau, hospital universiti berkenaan telah pun menguruskan kesemua ‘simpanan’ berkenaan, namun masih terdapat satu bayi sahaja belum diselesaikan pada ketika itu. “Tugas saya selesaikan bayi itu, malam itu juga saya uruskan bayi tersebut dan beberapa bayi lain yang tidak dituntut. Selepas bayi itu diuruskan, alhamdulillah saya dapat maklum tiada gangguan tersebut, wallahua’lam,” ujarnya. Beliau menyatakan bayi berkenaan berkemungkinan dijadikan bahan rujukan universiti tersebut sepanjang mayatnya tidak diuruskan.

Dalam pada itu, beliau memberi gambaran bahawa bayi yang tidak dituntut waris itu mempunyai sifat yang cukup, berada dalam keadaan yang kering, berat lebih 500 gram, termasuk berusia sembilan bulan. “Cuma dalam uji kaji (bayi lahir 1980) itu memang besar, comel, lelaki dan keadaannya mungkin sebab diawet, macam baru lahir cuma pucat biasalah. Kalau tengok tak macam 1980, macam baru lahir,” katanya.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *