Ada pihak yang buat hantaran melagakan dengan Rita Rudaini, sekali ini pula respon dari Zaquan Adha

Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha meminta agar pihak tidak bertanggungjawab berhenti melaga-lagakan dirinya dengan pelakon Rita Rudaini. Menerusi perkongsian di Instagram Story, Zaquan atau nama lengkapnya Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak memuat naik tangkap layar hantaran daripada sebuah akaun di laman Facebook. Pada hantaran tersebut kelihatan foto Zaquan dan aktres berkenaan telah dimuat naik bersama dengan satu kenyataan.

“Didik anak-anak kau, jangan sakit nak mati ada orang cakap bukan-bukan fasal kau.” Suami kepada pelakon Ayu Raudhah itu kemudian meminta pihak terbabit supaya berhenti memuat naik dakwaan seperti itu berikutan ia akan mengundang kritikan daripada warganet.

“Cukup-cukuplah buat cerita yang nak melagakan orang. Kesian mak cik-mak cik bawang yang komen, tak pasal-pasal dapat dosa kering.” Sekadar info, abang kepada Zaquan iaitu Aidil Zafuan pernah mendirikan rumah tangga bersama Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar pada 2008 sebelum memilih untuk bercerai pada 2013. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dengan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *