Tular video lepas selesai nikah pengantin jamu tetamu makan suki ya, kos makan tak sampai RM1k pun

Advertisements
Advertisements

SETIAP pasangan pengantin mempunyai cara tersendiri untuk meraikan hari bahagia mereka. Bagi Ebraheem Nazeef, dia memilih untuk mengadakan sebuah perkahwinan kecil dan ringkas atau intimate wedding yang dihadiri orang-orang terdekat di hatinya sahaja. Bagi merealisasikan impian tersebut, Ebraheem dan isterinya Yasmin Asmad membawa keluarga mereka ke restoran makanan Jepun popular, Suki-ya di sebuah pusat beli-belah di Selangor selepas selesai majlis akad nikah.

“Selepas selesai urusan pernikahan, kami sekeluarga terus ke restoran Suki-ya bagi menikmati hidangan bersama tetamu yang hadir. Pemilihan tempat ini dibuat kerana kakak saya yang teringin nak makan di Suki-ya. Lagipun, restoran ini memang tempat kegemaran keluarga kami untuk berkumpul,” katanya. Terdahulu pasangan ini menjadi tumpuan ramai selepas video mereka mengadakan majlis makan-makan bersama keluarga tanpa hidangan nasi minyak yang biasanya dihidangkan sewaktu majlis perkahwinan tular di TikTok.

Ia dibuat selepas Ebraheem dan isterinya selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis sederhana di Masjid Zaid Bin Thabit, Kuala Lumpur pada Isnin. Tambah Ebraheem majlis akad nikahnya hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan kawan rapat yang terdiri daripada 17 orang dewasa serta dua kanak-kanak. Menariknya, jumlah keseluruhan perbelanjaan makan di restoran tersebut adalah RM832 dan ditanggung sepenuhnya oleh pengantin lelaki.

Menurut lelaki yang menamatkan zaman bujang pada usia 29 tahun ini, video itu mengundang pelbagai reaksi apabila ada yang beranggapan mereka langsung tidak mengadakan majlis resepsi atau kenduri. “Tetamu lain tidak dapat hadir kerana faktor jarak dan komitmen kerja. Disebabkan video yang isteri saya share tu, ramai menyangka kami tidak mengadakan majlis kenduri. Tapi sebenarnya majlis resepsi akan diadakan pada hari Sabtu, 25 Januari tahun ini di Rawang, Selangor.

“Majlis resepsi akan diadakan secara lebih meriah untuk meraikan keluarga serta sahabat-handai. Anggaran tetamu akan hadir di sana nanti kira-kira 300 orang,” jelas pengantin lelaki itu. Jelas Ebraheem, dia dan Yasmin sengaja memilih untuk melangsungkan majlis pernikahan secara sederhana bagi mengelakkan bebanan kewangan. “Keputusan ini bukanlah untuk menunjukkan kelebihan tertentu, tetapi lebih kepada keselesaan dan kerana keluarga kami memang gemar menikmati makanan di Suki-ya. Klik sini untuk lihat video.

“Perbelanjaan hari pernikahan jadi tidak terlalu tinggi dan berpatutan bagi saya. Saya hanya keluarkan sekitar RM3,000 termasuk persiapan majlis nikah dan makanan,” jelasnya lagi. Menerusi ruangan komen pada video yang hingga kini meraih hampir 800,000 jumlah tontonan itu, rata-ratanya menyambut baik idea pasangan ini yang memilih untuk meraikan hari bahagia dengan cara tersendiri.

Dalam pada itu, ada juga yang menyatakan sokongan terhadap konsep pernikahan sederhana tanpa membebankan kewangan pengantin baharu. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *