Muat naik gambar dengan anak, tapi Fattah Amin punya kapsyen jadi perhatian warganet

Advertisements
Advertisements

Pelakon Fattah Amin menjadi tumpuan ramai apabila memuat naik foto bersama anaknya iaitu, Nur Fatima Aisya. Menerusi foto yang dimuat naik, Fattah kelihatan sangat gembira tatkala bertemu anak perempuannya. Lebih gembira, Fatima turut mencium pipi Fattah ketika momen foto itu diambil. Di samping itu, Fattah turut menulis kapsyen yang menyentuh perasaan orang ramai di posting berkenaan.

“Fatima, jangan bersedih meski tadi Daddy memeluk dirimu sejenak saja, karena yang perlu kamu tahu, hati Daddy memelukmu selamanya.” Difahamkan, Fattah hanya berjumpa dengan anaknya itu sekejap sahaja. Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet dan peminat mendoakan yang terbaik buat Fattah. Bukan itu sahaja, mereka turut gembira melihat momen mesra di antara seorang ayah dan anak perempuannya.

Untuk rekod, Fattah dan Fazura telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan pasangan ini bagaimanapun sah berpisah pada 7 Oktober tahun lalu. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *