Minta warganet teka jantina bayi, ramai yang terkejut bila tengok Che Ta muat naik video berbadan dua

Advertisements
Advertisements

Pelakon Rozita Che Wan didakwa hamil lagi selepas membuat perkongsian memaparkan sedang mengandung dengan kapsyen meminta orang ramai teka jantina bayi itu. Menerusi satu hantaran di Instagram, Rozita atau mesra dipanggil Che Ta telah memuat naik video memaparkan dirinya sedang berdiri bersama suami, Zain Saidin. Pada video itu, Che Ta kelihatan sedang memakai jubah kaftan yang dijualnya berwarna biru putih, sedondon dengan warna pakaian Zain.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian ramai adalah perut Che Ta yang memboyot, dipercayai sedang hamil anak kedua bersama Zain. “Cara baru gender reveal. Cuba teka bayi apa?” tulisnya ringkas. Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang mendakwa bahawa Che Ta sedang hamil dan meluahkan keterujaan mereka.

Namun begitu, banyak juga komen yang ditinggalkan warganet berkata bahawa Che Ta sebenarnya tidak hamil, namun hanya mahu menunjukkan kaftan yang dijualnya boleh dipakai wanita mengandung. Sekadar info, Che Ta dan Zain telah mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 11 tahun.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *