MENGANGGAPÂ segala gosip berniat jahat untuk menjatuhkan Emma Maembong, adiknya iaitu Chacha Maembong memberitahu kakaknya itu lebih selesa mendiamkan diri. Chacha atau nama sebenarnya Siti Aishah Ismail, 28, berkata Emma memilih mengabaikan perkara tersebut kerana tidak gemarkan perhatian daripada warganet. “Tak ada motif nak keluarkan kenyataan sebab kami tidak suka perhatian. Jadi untuk apa berbalas sedangkan perkara itu tidak betul.
“Kami pilih abaikan sahaja kerana orang tak akan faham dan tahu. Kalau kami pertahankan diri kami pun orang akan kata kami poyo dan buat drama,” katanya. Chacha berkongsi perkara itu semasa ditemui di Tayangan Perdana filem Limbungan: Tragedi Hitam 1975 yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada malam Isnin. Malah ketika ditanya mengenai sebuah hantaran yang mendakwa Emma pernah mengalami keggrn, Chacha memaklumkan dirinya tidak mengetahui perkara tersebut.
Kata Chacha setiap perkara yang dilakukan oleh Emma pasti akan diketahui oleh mereka adik-beradik. “Yang fasal hantaran semua itu saya tak tahu sebab saya tak tengok media sosial pihak sana. Saya kasihan dekat kakak saya dia baru nak bangkit. Setiap orang ada dugaan masing-masing mungkin orang dekat luar sana ada yang benci dan dengki, lagi-lagi bila dia sudah solo,” luahnya. Dalam pada itu, Chacha memberitahu dia bersedia menjadi pelindung buat kakaknya dalam pelbagai kontroversi melanda.
“Tapi kalau perkara itu betul-betul teruk saya sendiri akan bersuara. Saya sebagai adik akan sentiasa pertahankan kakak saya. Bila mana dia perlukan saya, saya akan sentiasa ada. Saya tak akan penat pertahankan kerana dia kakak saya,” luahnya. Sebelum ini, timbul gosip mengatakan Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 33, sudah berkahwin dengan seorang deejay dikenali sebagai DJ Kidd. Malah Emma dan lelaki berkenaan turut didakwa bercuti bersama di luar negara berdasarkan gambar tular di media sosial.
Dalam perkembangan lain, Chacha turut terlibat dalam filem Limbungan: Tragedi Hitam 1975 yang bakal ditayangkan dipawagam seluruh Malaysia pada 6 Februari ini. Katanya, ini merupakan kali pertama dia menggunakan rambut palsu ketika menjiwai wataknya sebagai Zubaidah di dalam filem berkenaan. “Penampilan saya pun sebenarnya dipilih pengarah sendiri, Fazli Yasin. Tapi nasib baik rambut palsu itu tidak kelihatan sangat,” kongsinya. Selain Chacha, filem Limbungan: Tragedi Hitam 1975 turut dibintangi, Cat Farish, Kodi Rasheed, Amerul Affendi, Nor Albaniah dan ramai lagi.
Sumber: Mstar.
PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.