Ramai yang mula cemburu bila tengok Syed Saddiq kupaskan kulit udang untuk Bella Astillah

Advertisements
Advertisements

Sejak kebelakangan ini, nama ahli politik Syed Saddiq dan pelakon Bella Astillah menjadi bualan hangat ramai di media sosial berhubung keakraban antara mereka. Terbaharu, tular sebuah video memaparkan Syed Saddiq atau lengkapnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Al-Sagoff mengupas kulit udang buat Bella di sebuah kedai makan telah mengundang perhatian warganet. Dalam perkongsian tersebut, dapat dilihat ahli parlimen Muar itu bertungkus-lumus membantu aktres yang berusia 30 tahun itu ketika menjamah selera bersama.

Ibu tunggal kepada dua cahaya mata tersebut kelihatan gembira sebaik sahaja Syed Saddiq mengupas kulit udang tersebut di dalam pinggannya. Menjengah ke ruangan komen, segelintir warganet meluahkan rasa cemburu melihat kemesraan Bella dan Syed Saddiq malah ada individu yang status sebenar hubungan mereka.

Terdahulu, Bella yang juga merupakan bekas isteri kepada aktor Aliff Aziz enggan untuk menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki yang terlibat dalam dunia hiburan untuk dijadikan pasangan hidup kelak. Katanya lagi, lelaki tersebut mestilah bebas daripada minuman alkohol, rokok vape atau shisha, bahan terlarang seperti ddh dan kelab.

Sekadar info, Bella pernah mendirikan rumah tangga bersama aktor sensasi, Aliff Aziz, namun bercerai untuk kali kedua pada 13 Jun lalu. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna, 5 tahun.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *