Wajah nampak tenang dan bersih, isteri dedah Roslan Saleh pergi menghadap illahi ketika sedang tidur

Advertisements
Advertisements

ISTERI kepada pelakon Allahyarham Roslan Saleh iaitu Zainun Majid memberitahu suaminya itu meninggal dunia dalam keadaan tenang ketika sedang tidur. Menurut Zainun, 56, dia mengetahui arwah sudah tidak lagi bernyawa sewaktu mahu mengejutkan suami sejurus selesai menunaikan solat subuh. “Arwah pergi menghadap illahi ketika tidur, punca tu saya tak pasti mungkin ada kaitan dengan penyakit sebelum ini.

Saya orang pertama tahu perkara itu selepas cuba kejutkannya selepas selesai solat subuh,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat. Dalam pada itu, Zainun berkata arwah tidak menunjukkan sebarang petanda sebelum menghembuskan nafas terakhir. Malah, wajah arwah kelihatan tenang dan bersyukur urusan perjalanan akhir suami dipermudahkan.

“Dia tiada beri apa-apa petunjuk atau berkelakuan pelik, cuma malam tadi dia demam panggil saya nak air… itu sahaja! Ramai ahli keluarga yang berebut nak mandi dan buat solat jenazah untuk arwah. Bila saya lihat wajah arwah, nampak mukanya dalam keadaan tenang dan bersih,” jelasnya. Pada pagi Jumaat, Roslan disahkan pergi menghadap illahi oleh anak perempuannya iaitu Farahanis menerusi satu hantaran yang di muat naik di Facebook.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah, Melaka untuk pengurusan dan dijangka dikebumikan selepas solat Jumaat. Untuk rekod sebelum ini Allahyarham mengalami penyakit kencing manis dan diabetes sejak tiga tahun lalu. Malah kerana penyakit berkenaan arwah tidak dapat melihat dan sukar menguruskan diri sendiri.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *