Usahawan Noor Nabila menegur sikap segelintir warganet yang tinggalkan komen sehingga menimbulkan fitnah mengenai hubungannya bersama bekas suami, Sharnaaz Ahmad. Menerusi klip potongan siaran langsung di Instagram (IG), Nabila atau nama lengkapnya Noor Nabila Mohd Noor dilihat berang dengan komen seglintir warganet yang membuat andaian mengenai percutian di French Alps, Perancis bersama keluarga kecilnya. Klik sini untuk lihat video.
![](https://apampink.net/wp-content/uploads/2025/02/4E38C396-467F-4CCF-A36C-3DB6C3DDDC77-199x300.jpeg)
Menurutnya, tiada sebarang proses rujukan antara dirinya dan Sharnaaz. “Kami ini tiada rujuk, tiada kahwin. Kita kawan. Jangan jadi warganet yang bodoh, jadi warganet yang cerdik. Warganet ini sebenarnya nak tengok suami isteri yang bergaduh dan muat naik di sosial media. Yang elok macam kami, macam-macam fitnah.” Dalam pada itu, usahawan berusia 40 tahun itu memohon agar tidak tinggalkan komen yang mendatangkan sebarang fitnah kepada keluarganya.
![](https://apampink.net/wp-content/uploads/2025/02/nabila4-630x133-1-300x63.jpeg)
![](https://apampink.net/wp-content/uploads/2025/02/nabila3-2-630x102-1-300x49.jpeg)
![](https://apampink.net/wp-content/uploads/2025/02/nabila3-630x222-1-300x106.jpeg)
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji Nabila dan Sharnaaz yang mengekalkan hubungan baik demi anak. Selain itu, warganet turut memuji ibu kepada Jebat kerana berterus terang untuk mengelakkan gosip murahan. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.