Lepas beberapa tahun banyak pakai duit, Datuk Aliff Syukri akui mula rasa terbeban miliki rumah besar

Advertisements
Advertisements

Usahawan sensasi, Dato Seri Aliff Syukri akui mulai terbeban miliki rumah besar apabila perlu memperuntukkan sejumlah wang untuk membiayai penjagaan kediaman tersebut. Perkara itu dinyatakan Aliff Syukri menerusi hantaran di Instagram apabila mengaku bahawa ketika membina kediaman mewah, dia langsung tidak berfikir tentang perbelanjaan yang harus dikeluarkan untuk urusan penjagaan selepas beberapa tahun.

Jelasnya, ketika itu dia hanya berasa seronok sahaja kerana dapat membina rumah idaman dan kini mulai terasa betapa sukarnya menjaga rumah yang mulai mengalami masalah dan perlu dibaiki. Aliff Syukri juga memaklumkan yang dia telah memperuntukkan ratusan ribu untuk membaiki kerosakan rumah setiap tahun. Disebabkan pening kepala dengan situasi yang perlu dihadapi itu, usahawan berkenaan menasihati orang ramai yang bercadang untuk berpindah ke rumah besar untuk bersedia dengan kos penjagaannya yang agak tinggi.

Aliff Syukri akui mulai terbeban dan menyatakan semakin besar rumah tersebut, semakin tinggi kos perlu ditanggung lebih-lebih lagi jika terdapat kerosakan. “Kepada anda, saya nak bagi nasihat sebelum anda ambil keputusan untuk berpindah di rumah besar, tolonglah bersedia untuk kos penjagaannya. Semakin besar rumah, semakin tinggi kos terutama bila rumah itu dah lama dan kerosakkan banyak,” tulisnya.

Perkongsian Aliff Syukri itu telah mendapat perhatian ramai apabila masing-masing mengakui apa yang dinyatakan oleh usahawan terbabit ada kebenarannya. Ada juga yang berkongsi kisah hampir sama dan mengakui bahawa kediaman yang besar memerlukan kos penjagaan yang agak tinggi dan kadang kala menyesakkan pemilik apabila perlu mengeluarkan modal besar untuk proses membaiki.

Betullah orang kata, besar periuk, besarlah keraknya. Semoga Dato Aliff dan mereka yang mulai ‘pening’ untuk menguruskan kediaman masing-masing diberikan rezeki yang luas agar dapat menjaga tempat keluarga berteduh dengan sebaiknya. Sumber: Omm.

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *