Baru sahaja selesai Anugerah Juala Lagu (AJL) ke-39, timbul pula isu netizen tuduh anak Shuib over susulan menitiskan air mata ketika persembahan dari juara acara berprestij itu, Marsha Milan. Menerusi beberapa hantaran di X, beberapa warganet telah meluahkan perasaan tidak puas hati mereka selepas wajah anak kepada pelawak itu iaitu Thalita yang sedang menangis ditayangkan di kaca televisyen.
Dalam satu perkongsian dari akugewemung, individu itu mempersoalkan kepentingan untuk menunjukkan wajah Thalita sedangkan orang ramai mahu menghayati persembahan Marsha sahaja. “Penting sangat ke kalau anak Shuib sedih sampai kau nak tunjuk muka dia berkali-kali? Aku bukan nak tengok dia sedih, aku nak tengok Marsha. Dia yang penting,” katanya.

Malah, seorang pengguna dengan nama afiq_muqri pula menggelar Thalita sebagai seorang yang ‘over’ kerana menangis ketika menonton persembahan Marsha. Menjengah ke ruangan komen kedua-dua hantaran, ramai warga maya yang bersetuju dengan pendapat individu berkenaan dan berkata sepatutnya wajah Marsha sahaja yang perlu ditayangkan.



Bagaimanapun, terdapat juga warganet yang tidak bersetuju Thalita menerima kecaman kerana berpendapat lagu yang dibawakan Marsha itu mengingatkannya kepada arwah ibu, Siti Sarah. Sementara itu, dalam satu hantaran di Instagram Shuib, anaknya itu sempat bertemu dan memeluk Marsha sebelum pulang awal kerana bersekolah pada hari esoknya. Mereka juga tidak sempat untuk menunggu keputusan akhir AJL 39 namun sempat menitipkan ucapan tahniah menerusi hantaran yang sama.



“Sorry tau Thalita kena balik awal sebab esok sekolah. Sampai rumah baru tahu Auntie (Marsha) menang AJL 39. Tahniah!,” ujar Shuib. Thalita masih muda, mungkin rindu ibunya sebab tu nangis… Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.