Umum lagi kita kenali dengan nama terhebat ini. Semalam, rakyat Malaysia dikejutkan dengan perkembangan terbaharu Ainul Mardhiah yang dikhabarkan sedang berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU). Ibu kepada Ainul, Nurul Erwani menerusi kemas kini di Instagram berkata, anaknya itu menunjukkan simptom muntah dan cirit-birit sebelum dibawa ke hospital. Kata Nurul, doktor di ICU memberitahu keadaan Ainul pada kali ini agak kritikal dan tenat. Menurut Nurul, doktor turut menjelaskan keadaan tersebut berlaku akibat jangkitan pada anaknya yang kini berada di semua tempat.
Selain keprihatinan rakyat Malaysia, keadaan Ainul turut mendapat perhatian Dr Amalina Che Bakri, pelatih pakar bedah yang pernah terbabit dalam pembedahan Ainul di London, England tiga tahun lalu. Menerusi kemas kini di Twitter, Dr Amalina berkata: “Baru sahaja mendapat khabar berita drp ibu Ainul. Ya Allah, marilah kita sama-sama doakan untuk Adik Ainul. Semoga cepat sembuh. Ainul sayang, you have done it many times before, you can do it again! Keep fighting sayang! Insya-Allah,” tulisnya.
Dalam pada itu, dalam perkembangan terbaharu, Nurul menerusi perkongsian Instagram Story berkata, anaknya kini berada dalam keadaan stabil. “Alhamdulillah. Doktor kata lepas ambil darah dan x-ray petang ni, keadaan Ainul semakin baik. Good job Ainul. Kita kena cepat-cepat keluar hospital. Duduk rumah lagi selesakan Ainul. “Jangan risau semua, Ainul tengah stabil. Teruskan doa untuk Ainul ya!” kongsi ibunya.
Terdahulu, kisah penderitaan Ainul mendapat perhatian ramai pihak termasuk Dr Nur Amalina Che Bakri yang membantu menjalani pembedahan di London, United Kingdom pada 2019 bagi membuang tumor seberat 200 gram daripada mulutnya. Sumber, gempak