Maryam ‘Durian Kimchi” selamat lahirkan bayi lelaki awal pagi semalam dan berkongsi tarikh lahir dengan anak keduanya. Perkara itu dikongsikan suaminya, Ryzal Ibrahim di media sosial dengan berkongsi sekali wajah anak lelaki mereka. Dalam perkongsian tersebut, dia memaklumkan yang Maryam telah selamat melahirkan cahaya mata mereka pada 19 Februari 2025 jam 2.29 pagi. Ryzal juga memberitahu bahawa isteri tersayang turut menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-33 pada tarikh yang sama.

“19th February 2025, 2:29AM, 3.67kg, lahirnya putera kami bersamaan hari kelahiran ibunya, Maryam pada 19th February 1992,” tulisnya. Sehubungan dengan itu, Ryzal dan Maryam meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T. Mereka juga berdoa agar dapat menjaga amanah tersebut dengan seikhlas hati sehingga hujung nafas terakhir nanti.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan ucapan tahniah kepada ‘pasangan Durian Kimchi’ ini diatas kelahiran anak kedua mereka. Mereka juga mengucapkan selamat berpantang kepada Maryam serta mendoakan yang terbaik buat keluarga selebriti itu.



Sekadar info, Ryzal atau nama sebenarnya, Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim telah mendirikan rumah tangga dengan Maryam Younarae pada 15 Ogos 2019 di Korea Selatan. Pada Oktober 2021, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Rina yang kini memasuki usia 3 tahun.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.