8 tahun dah kes ni, Ibu Zulfarhan mengharapkan hkuman 6 yang tertuduh dikekalkan

Advertisements
Advertisements

Ibu Zulfarhan Osman menyatakan 8 tahun terasa derita apabila perlu menanggung kesedihan sejak hari pertama anak tersayang pergi menghadap illahi disebabkan kekjmn para tertuduh. Memetik laporan dari Mingguan Wanita, Hawa Osman memaklumkan yang mereka sekeluarga cukup menderita lebih -lebih lagi apabila mengetahui kecederaan yang dialami anaknya sewaktu bedah siasat dijalankan.

Ujarnya, mereka sekeluarga sukar untuk menerima bahawa kemalauan allahyarham Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) itu ditekap dengan seterika wap sehingga mendatangkan kecederaan parah kepada mangsa. “Terlalu sukar untuk kami sekeluarga hadapi perkara ini.Paling saya nak tahu, siapa antara mereka yang seterika di kemaluan anak saya. Kalau disepak orang pun sakit, tekapan di kemaluan bagi saya adalah tindakan paling tak masuk akal,” katanya.

Disebabkan itu, Hawa berharap agar hukuman gantung yang dijatuhkan kepada enam tertuduh kes tersebut terus dikekalkan mahkamah kerana tindakan mereka lakukan sangat kjam. Dia juga menegaskan bahawa nyawa anaknya yang telah hilang seharusnya dibalas dengan nyawa juga kerana dia kehilangan seorang anak yang menjadi harapan buat keluarga.

“Cuba bayangkan 90 tekapan seterika di seluruh badan termasuk kemaluan. Ini perbuatan kjm dan bagaimana harus saya memaafkan mereka. Jadi biarlah nyawa dibalas nyawa! Tambahnya lagi, ada dua dari keluarga tertuduh datang bertemunya dan meminta maaf atas apa yang terjadi. Mereka minta saya memaafkan dan melupakan semuanya. Walau ibu bapa mereka datang meminta maaf tapi ia takkan sama kalau anak mereka (tertuduh) mengungkapkan perkataan maaf itu. Saya kata pada mak ayah yang minta maaf ini, saya sentiasa memaafkan muslimin dan muslimah dalam doa solat saya tapi untuk memaafkan perbuatan kjm enam tertuduh ini, amat berat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hawa mengatakan mereka sekeluarga tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan keadilan buat Zulfarhan sehingga suami sanggup menangguhkan pembedahan pintasan jantung bagi memastikan sentiasa hadir pada perbicaraan kes tersebut. “Suami sepatutnya perlu dibdh kerana ada saluran ke jantungnya tersumbat. Suami kata, dia tak mahu  buat dulu pembdhan kerana takut terlantar berbulan-bulan, tak dapat bangun  dan tak dapat mengikuti kes perbicaraan arwah kelak

Suami kata, biar selesaikan hal Along dulu. Lepas kesemua tuduhan ke atas enam tertuduh dikekalkan yakni gantung sampai mti, barulah dia mahu fikirkan kesihatannya,” jelasnya. Terdahulu, Mahkamah Persekutuan Putrajaya memberitahu bahawa sabitan serta hukuman mati terhadap enam bekas pelajar UPNM bagi kesalahan membnh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, adalah tidak selamat dan seharusnya diketepikan.

Perkara tersebut menghadirkan pelbagai reaksi daripada orang awam yang telah mengikuti perbicaraan kes berkenaan sejak 7 tahun lalu. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *