Terima Anugerah Wanita Muda, Cik B tampil kongsikan identiti lelaki misteri yang bagi bunga

Advertisements
Advertisements

PERSONALITI media sosial, Cik B mengakui dia lebih selesa untuk mempunyai teman lelaki dan juga berkawan dengan individu yang sekufu iaitu setaraf dengannya. Ini kerana kata Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, dia sebelum ini pernah menghadapi peristiwa buruk bersama individu yang tidak sekufu dan berazam untuk enggan mengulangi peristiwa tersebut lagi.

“Saya akan cari yang sekufu. Saya ada pengalaman dengan orang tidak sekufu ini, kawan yang tidak sekufu ini pun tidak bagus. Banyak perbezaan dia, kalau nak pergi makan pun dia kena tengok harga dahulu. Mentaliti pun lain kadang-kadang. Jadi saya cari duit dan mentaliti sekufu. Saya tidak terlalu fikir duit, saya cari mentaliti sekufu,” katanya.

Cik B memaklumkan perkara itu selepas menerima Anugerah Wanita Muda sempena Anugerah Ibu Zain 2025 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Rabu. Dalam masa sama, mengulas mengenai hantaran media sosialnya yang seolah-olah memberi bayangan sudah mempunyai teman lelaki, Cik B menafikan perkara itu. “Dia hanya kawan baik, boleh dikatakan kena ‘friendzone’. Buat masa ini, saya tak boleh dedahkan identitinya, kena tunggu waktu yang sesuai. Apa pun, dia bukan teman istimewa.

Masa itu saya tengah bersedih, jadi saya minta dia belikan bunga. Dia pun beli, dan kami keluar makan. Bagi saya, dia memang kawan yang baik,” katanya. Bercakap mengenai anugerah yang diterima itu, Cik B berkata dia terharu dan tidak menyangka diberikan penganugerahan itu dan berharap mampu menjadi seorang wanita hebat seperti ibunya iaitu Datuk Seri Vida.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *