Dalam masjid pun boleh jadi, budak perempuan nyaris kena rgl ketika sedang menunaikan solat subuh berjemaah

Advertisements
Advertisements

SEORANG kanak-kanak perempuan nyaris menjadi mangsa nfsu ketika sedang menunaikan solat Subuh berjemaah di sebuah masjid di Batang Kali pada pagi Jumaat. Insiden berkenaan kecoh diperkatakan di Facebook selepas dikongsikan beberapa pelayar di laman sosial berkenaan. “Kejadian waktu solat Subuh (21 Februari) di Masjid Jamek Sungai Masin, Batang Kali. Cubaan mergl ke atas kanak-kanak perempuan di dalam kawasan masjid. Tolong sebarkan seluasnya supaya pelaku cepat ditangkap,” demikian tulis pemilik akaun @azmisaberi di Facebook.

Bersama hantarannya, pelayar berkenaan turut memuat naik beberapa keping gambar pelaku dan video insiden tersebut yang berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan. Menerusi paparan masa pada video, kejadian berlaku sekitar pukul 6.40 pagi. Dalam video yang dikongsikan, kelihatan pelaku yang memakai baju berwarna kuning dan berkopiah mengintai di sebalik pintu gelongsor (sliding door) pada ruangan solat jemaah perempuan dan menunggu Waktu sesuai sebelum bertindak.

Ketika jemaah sedang sujud, pelaku berkenaan dengan pantas mengangkat mangsa yang solat bersendirian di saf kedua jemaah wanita. Mangsa dibawa ke ruangan lain di masjid berkenaan sebelum dicbl. Mangsa turut dilihat cuba menghalang perbuatan pelaku yang menyeluk tangan ke dalam seluarnya. Bagaimanapun, pelaku bertindak menghentikan perbuatannya dan kemudian melarikan diri meninggalkan mangsa.

Perkongsian berkenaan meraih ribuan share dan komen warganet yang rata-ratanya tidak dapat menahan rasa marah dan menggesa pihak berkuasa segera menangkap pelaku. “Celakanya! Dalam masjid orang tengah solat tu. Allahu tolonglah tangkap cepat. Terpampang dah muka. “Semoga pelaku segera ditangkap, disebat depan khalayak ramai dan dipenjara. Ya Allah geram betul. Kepada mangsa, semoga adik tabah, tenang mental dan emosi stabil ye… harap keluarga mangsa terus ambil tindakan

“Memalukan kaum lelaki. Harap dapat ditangkap cepat.. Bagi hukuman paling berat,” demikian komen netizen. Sehingga kini, belum ada kenyataan rasmi yang dibuat oleh pihak berkuasa mengenai insiden berkenaan. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *