Tular gosip tentang bertunang dengan Amira Othman, sekali ini pula reaksi dari Fattah Amin

Advertisements
Advertisements

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba timbul dakwaan mengatakan pelakon Fattah Amin sudah bertunang dengan penyanyi Amira Othman pada Jumaat lalu. Terkejut mendengar berita berkenaan, Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, menjelaskan gosip berkenaan adalah tidak benar.  “Saya ada dengar tentang gosip itu dan waktu itu saya terkejut kenapa tiba-tiba timbul gosip sedemikian. Namun ingin saya nafikan perkara itu adalah tidak benar.

“Saya tidak tahu bagaimana gosip tersebut boleh muncul. Saya tahu pun daripada kawan-kawan media yang maklumkan.  Apabila saya baca, saya terkejut dan tergelak. Mungkin berita itu keluar berikutan komen-komen warganeg yang mendoakan saya,” katanya. Fattah memaklumkan perkara itu ketika ditemui selepas Pertunjukan Fesyen Raya 2025 Romantics by Amber di Kuala Lumpur pada Isnin. 

Ditanya mengenai keadaan Amira, Fattah memberitahu ada berhubung dengan penyanyi tersebut selepas berita berkenaan tersebar.  Fattah turut menegaskan hubungannya dengan Amira juga adalah tidak lebih sekadar kawan.  “Pihak pengurusan saya ada hubungi pengurusan Amira untuk bertanyakan tentang gosip. Sudah tentu kami berdua sama-sama terkejut. 

Kalau gosip itu betul, sudah tentu kisah pertunangan itu tidak boleh disorokkan. Macam saya cakap sebelum ini, kami berdua hanya kawan. Hubungan itu sekadar urusan kerja sahaja. Saya dan Amira masih banyak kerjasama seperti Jakel, jadi kami sering berjumpa atas urusan kerja. Selain daripada itu, tidak lebih dari kawan,” ujarnya.  Dalam pada itu, Fattah juga mendoakan agar dirinya dilindungi Allah terutama sebarang fitnah terutamanya mereka yang berniat buruk. 

“Kalau ada orang berniat buruk, saya tidak tahu apa motif dia. Saya hanya berdoa Allah lindungi saya daripada perkara yang tidak baik,” ujarnya. Sebelum ini, ada portal hiburan melaporkan Fattah dan Amira sudah bertunang pada Jumaat lalu.  Untuk rekod, Fattah sebelum ini pernah berkahwin dengan Fazura pada 27 November 2017 namun berpisah pada 7 Oktober tahun lalu. 

Hasil perkahwinan, mereka mempunyai seorang cahaya mata iaitu Nur Fatima Aisya, 5. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *