Selama ni tak pernah dapat merasai penglaman bersukan, ibu luah rasa sebak sebab cikgu sanggup tolakkan kerusi roda ank kurang upaya

Advertisements
Advertisements

Adalah menjadi satu harapan besar buat para ibu yang mempunyai ‘anak istimewa’ ini untuk menceriakan mereka agar dapat menikmati kehidupan sama seperti anak-anak yang lain. Anak kepada Adeela Shakila ini hanya duduk di kerusi roda dan ia sekaligus membataskan anaknya untuk bersukan. Bagaimanapun, bantuan daripada guru kepada anaknya ini sangat mengharukan. Klik sini untuk lihat video.

Dalam satu video yang dikongsikan menerusi TikTok, dilihat murid-murid di sekolah anaknya itu terlibat dalam satu aktiviti sukan yang dipercayai sebagai merentas desa. Ketika murid lain sedang berlari, dilihat seeorang cikgu menyorong kerusi roda anaknya sambil berlari dan jelas kelihatan kegembiraan pada riak wajah murid tersebut.

Ia membuatkan Adeela Shakila sebak kerana selama ini, anaknya yang dikenali sebagai Adam itu tidak dapat merasai pengalaman bersukan seperti murid-murid lain dan menurutnya, dia tidak mampu bersorak untuk anaknya kerana terlalu sebak dan terharu melihat jasa guru yang dikenali sebagai Cikgu Faris itu. Video yang telah meraih hampir 300K dalam masa 20 jam ia dikongsikan itu telah membuatkan ramai netizen jadi sedih dan tak putus-putus mendoakan kesejahteraan buat Cikgu Faris agar sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dalam hidupnya.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *