Selepas 15 tahun akhirnya El Azman dan Aeril Zafrel berdamai, rupanya berebut kekasih jadi punca hubungan renggang

Advertisements
Advertisements

Pelakon popular Aeril Zafrel dan usahawan El Azman akhirnya berdamai selepas 15 tahun membawa haluan masing-masing akibat perselisihan faham melibatkan seorang wanita. Pendedahan itu dikongsi Aeril, atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 36, menerusi siaran langsung di TikTok. Menurut Aeril, konflik antara mereka bermula apabila seorang pelakon wanita yang pernah menjadi kekasihnya menjalin hubungan dengan El selepas perpisahan mereka. Klik sini untuk lihat video.

“Dulu kami rakan sebilik. Saya ada kekasih, tapi direbut. Selepas itu, kami tidak lagi berkawan,” katanya. El Azman, atau nama penuhnya Muhd Hilmi Che Azman, turut mengakui kesilapannya dan memohon maaf kepada Aeril. “Selepas 15 tahun, baru dia peluk aku. Sebelum ini, dia hanya salam biasa sahaja. Disebabkan aku salah, aku minta maaf, Aeril, kalau ada salah silap. Aku tahu kau kawan baik aku yang terbaik,” ujarnya.

Momen penuh beremosi dan bersejarah selepas 15 tahun itu turut disaksikan oleh isteri Aeril, Wawa Zainal, dan pempengaruh Indonesia, Fujianti, yang ada bersama pada ketika itu. Perkembangan ini mendapat perhatian ramai, dengan peminat mendoakan agar persahabatan mereka kekal utuh dan menjadi teladan bahawa perselisihan lama boleh diselesaikan dengan keikhlasan dan kemaafan.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak tidak mendedahkan identiti pelakon wanita yang menjadi punca perselisihan mereka selama ini. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *