Beberapa hari lagi umat Islam bakal menyambut Ramadan, pelakon Eyka Farhana berkesempatan dan berpeluang menjejak kaki ke Tanah Suci, Makkah bagi menunaikan umrah. Menerusi perkongsian di Instastory, Eyka turut menganggap pengalaman tunai umrah kali ini lebih bermakna memandangkan bukan sahaja keluarganya malah bakal mentuanya juga turut serta.
“Alhamdulillah Ya Allah atas jemputaMu kali ini, terlalu bermakna dan istimewa dapat umrah dengan keluarga saya dan keluarga baru saya, mak dan abah. Allah mudahkan segala urusan dari Malaysia sampailah ke sini semuanya mudah. Lain rasa dia bila buat umrah dengan orang orang yang saya sayang,” kongsinya. Tunang kepada pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid itu turut meluahkan rasa syukur apabila Allah memakbulkan doa mereka untuk berada di sana.
“Terima kasih bismie amer memudahkan segala urusan kami di sini. Terima kasih Ya Allah mendengar segala doa-doa kami untuk ke sini bersama-sama,” ujarnya. Pada November tahun lalu, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Wan Sarmizi mendedahkan dia sudah bergelar tunang kepada Akhyar pada 4 Ogos tahun lalu.
Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.