Siap ada gambar dan nama orang, Farid Kamil dedah ada Datuk yang sebarkan fitnah pasal isteri

Advertisements
Advertisements

Pelakon Farid Kamil mendedahkan seorang individu berpangkat Datuk cuba menyebar fitnah tentang isterinya yang juga pelakon Diana Danielle. Menerusi Podcast Lelaki, Farid atau nama lengkapnya Farid Kamil Zahari berkata, fitnah tersebut timbul ketika dia dan Diana masih dalam proses perpisahan pertama mereka. “Kali pertama saya berdepan dengan masalah untuk berpisah, saya menjadi sangat terkejut.

Lagi ramai saya jumpa orang untuk mencari jawapan, lagi banyak cerita sampai ke telinga saya. Saya tidak percaya namun, cerita-cerita itu seolah-olah benar. Kami ada masalah suami isteri, tetapi cerita yang sampai dekat saya sehingga tahap ada yang mengatakan, ‘kau tinggalkan sahajalah dia.’” Menurut aktor berusia 43 tahun itu, individu tersebut bukan sahaja membuat dakwaan negatif tentang Diana malah turut mengemukakan bukti.

“Seorang individu berpangkat Datuk datang bercerita kepada saya tentang tingkah laku isteri di belakang saya. Siap ada gambar dan nama individu. Sampai macam itu sekali mereka nak pisahkan saya dengan isteri. Hati saya berbolak balik sehingga timbul persoalan, betulkah isteri saya buat begitu? Timbul cerita yang mengatakan, sebenarnya isteri saya ini seorang wanita yang berprofil tinggi dan hanya orang-orang tertentu yang boleh menikmati dia sebab itulah dia hidup dengan duit yang banyak.

Walau bagaimanapun, pelakon filem Anwar: The Untold Story ini tidak percaya dengan fitnah yang dilemparkan malah individu tersebut juga gagal dihubungi. “Saya hampir percaya. Ia menjadi virus yang menghancurkan hati saya dan pada ketika itu saya memikirkan tentang isteri serta anak-anak. Akhirnya, kita cari balik dan cuba menghubungi Datuk tersebut tapi dia tidak menjawab panggilan telefon.

Selepas rujuk semula, cerita-cerita itu tidak memberi kesan kepada kami tetapi memberi kesan kepada masa depan perkahwinan. Maksudnya pemikiran itu.” Pada 28 Oktober lalu, Diana mengejutkan ramai apabila mengumumkan nekad mahu berpisah dan memfailkan perpisahan terhadap Farid buat kali kedua. Imbas kembali, Farid dan Diana sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos 2023 namun, kembali rujuk semula selepas 21 hari.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *