Masih sayangkan Azlan Komeng, Nur Nilam sanggup pinangkan bakal madu

Advertisements
Advertisements

Spekulasi mengenai pelakon Azlan Komeng bakal berkahwin lagi akhirnya terjawab apabila isterinya, Nur Nilam mengesahkan sudah bertemu dengan bakal madunya. Menurut laporan Berita Harian, Nur Nilam berkata dia sudah memberi kebenaran kepada suaminya untuk berkahwin namun sehingga kini, Azlan belum memberi sebarang jawapan.

Ujar Nur Nilam, khabar angin berkaitan suaminya itu bukan untuk mendapatkan publisiti murahan malah, bakal madunya sendiri minta untuk dipinangkan. “Ya betul, Azlan akan berkahwin lagi dan saya sudah bagi ‘green light’ sebab dia nak, saya nak buat macam mana. Semua orang cakap ia sekadar ‘content’, tapi tidak. Saya sudah bertemu wanita ini, minggu lalu. Tapi, sekarang Azlan tak beri kata putus, saya ada bertanya, tapi dia mengelak.

Wanita ini bertegas nak berkahwin dengan Azlan. Wanita ini mahu saya datang meminang dalam bulan puasa dan bernikah Aidilfitri ini. Tapi, Azlan belum beri kata putus. Kalau Azlan setuju, saya boleh pergi meminang, tapi hari nikah saya tiadalah,” katanya. Disebabkan masih sayang terhadap Azlan, Nur Nilam memberitahu tidak akan memilih jalan untuk berpisah dan percaya ada hikmah disebalik dugaan tersebut.

“Ramai suruh berpisah, tapi saya masih sayangkan Azlan. Jadi, saya hanya mampu berdoa mungkin Ramadan ini Allah makbulkan doa saya. Insya-Allah, ada ganjaran sebalik ujian ini. Kalau keputusan Azlan mahu berkahwin juga, saya kena reda. Saya pun tak tahu bagaimana sekarang sebab saya memang sibuk berniaga. Saya tak mahu ada tekanan perasaan,” katanya. Terdahulu, Nur Nilam memberi bayangan bahawa bakal mendapat madu apabila suaminya dikatakan akan berkahwin lagi tidak lama lagi menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *